LIFESTYLE
Anda Boleh Masuk MAPS Secara Percuma Bermula 1 Mac, Hanya Bayar Jika Bermain
Selepas Lost World of Tambun membuka taman temanya secara percuma kepada orang awam pada 19 Februari sempena rumah terbuka Tahun Baru Cina, nampaknya sebuah lagi teman tema di Ipoh turut melakukan langkah yang sama.
Movie Animation Park Studio (MAPS) yang terletak di Bandar Meru Raya, Ipoh ini tidak akan mengenakan bayaran masuk lagi bermula 1 Mac ini. 

Memetik laporan Bernama, anda hanya perlu bayar jika bermain permainan di dalam MAPS.
Para pengunjung hanya perlu membayar menerusi sistem kupon berharga serendah RM3 sekiranya mahu bermain permainan atau menonton persembahan di taman tema tersebut.
Waktu operasinya juga akan bermula dari 4 petang sehingga 12 malam pada hari Isnin, Selasa dan Khamis manakala bagi hari Jumaat dan hujung minggu, MAPS akan beroperasi bermula pukul 10 pagi sehingga 12 tengah malam.
Sebelum ini, harga tiket biasa MAPS tanpa promosi bagi dewasa adalah RM80 dan RM70 untuk kanak-kanak.
Taman tema yang dibina di atas tanah berkeluasan 21 hektar ini mula dibuka kepada orang ramai sejak 26 Jun 2017. 

Terdahulu, Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu turut menyarankan agar harga tiket bagi MAPS ini wajar diturunkan berikutan tarikan dalam taman tersebut iaitu ‘DreamZone’ tidak diadakan susulan penamatan perjanjian lesen antara Animation Theme Park Sdn Bhd dengan DreamWorks Animation L.L.C.
Pasti netizen suka dengan berita gembira ini kerana sebelum ini, ramai yang mengeluh bahawa tiket masuk MAPS mahal berbanding taman tema lain selain daripada kurang promosi.
masa mula mula bukak dulu, ramai tapi lepas tu takde orang. Harga tiket mahal sangat lepastu ada ride yang tak bukak lagi. Skrg bila dorang turunkan harga tiket dari beratus jadi RM60, ada je orang datang. Besi besi utk rail roller coaster ada je tepi tu. Org meru mesti tau punya— Mia. (@myrafz_) November 8, 2018
selalu balik ipoh tp tak teruja nak. masuk Maps. Lagi teruja nak pegi Lost World. Entah kenapa tah...— E~Jump (@ozon200083) November 8, 2018
Tapi legoland tu mahal ada je org pergi. Hm pelik ni. Takda pandai promote kot nohhh— sandara (@afifahmiyata) November 8, 2018
Tiket mahal nak mampus. Legoland promotion dkt tv. Maps tak pandai promo kat tv ke? Kan animation?— Baby (@YayyAhnChan) November 8, 2018
Probably the main problem is A very bad marketing team. Xpernah tau pun MAPS ni wujud like seriously ni baru tau— Nim Rahman-Velarde (@iknowwhatyou6i6) November 8, 2018
MAPS merangkumi enam zon bertema iaitu Animation Square, Dream, Blast off, Live Action, Lakeside dan Fantasy Forest dengan hampir 40 tarikan. 

Antara watak animasi yang menjadi tumpuan utama di taman tema tersebut ialah 'The Smurf' dan juga watak adiwira tempatan, 'Boboiboy'. Pada yang belum pernah sampai ke sini, inilah masanya anda mengunjungi taman tema ini.
Semoga dengan berita baik yang diumumkan oleh Menteri Besar Perak ini dapat menyeru orang ramai untuk mengunjungi MAPS. Tak kenal maka tak cinta kan.
Must-Watch Video