Siapa kata tugas sebagai penyampai radio mudah? Sememangnya anda akan dihujani dengan populariti namun tanggungjawab yang harus digalas juga adalah tinggi. Era FM Sabah kini sedang dalam pencarian penyampai pagi bagi menggantikan segmen Johara Pagi Era yang sudah enam tahun bersama pendengar Era FM Sabah pada waktu pagi. Bakal memulakan 100% kandungan lokal pada 24 April ini, enam calon telah disenarai pendek dan mereka adalah Adnan, Ferra, Fared, Chumie, Mad Sabah dan Rozy.

Image: Astro Radio
Dalam pada mereka sedang bersaing merebut gelaran penyampai pagi Era Sabah menerusi pelbagai cabaran yang menguji tahap kreativiti, ketangkasan dan fikiran matang mereka, apa lagi yang harus ada pada seorang penyampai pagi? Berkesempatan bertemu dengan enam penyampai radio Era FM Sabah, mereka mahukan penyampai pagi yang bagaimana ya?Penyampai pagi Era FM Sabah haruslah ada: