Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Lifestyle

Apabila Manusia Hidup Dalam Keadaan Terbalik

Eiylla Syaharith 09/03/2017 | 08:34 MYT
Pengalaman pertama kali yang digambarkan adalah suatu yang menakjubkan dan mempersonakan apabila pengunjung melangkah masuk ke dalam sebuah muzium unik kerana segala barang berada dalam keadaan terbalik. Itu adalah tarikan yang ada di Muzium Upside Down yang menarik perhatian pengunjung setiap kali datang ke Pulau Pinang.

Lokasi yang terletak di Lebuh Kimberley, Georgetown, Pulau Pinang pastinya mengamit kedatangan pelancong tidak kira tempatan dan luar negara malah kunjungan ke muzium ini juga tidak merugikan.

Sekiranya ke Pulau Pinang jangan lepaskan peluang berkunjung ke Muzium Upside Down. (Gambar: Eiylla Syaharith)
Apabila masuk sahaja ke dalam semuanya berada dalam keadaan terbalik dan di ibarat dunia juga sudah terbalik. Bermula dari kawasan tangga, tempat tidur, ruang tamu, dapur, bilik mandi, kafe semuanya diterbalikkan dan muzium yang dibuka sejak 8 Ogos 2015 terus menerima kunjungan sehingga ke hari ini.

Ia seolah berada dalam keadaan terbalik apabila pengunjung bergambar di dalamnya. (Gambar: Eiylla Syaharith)
Berada di dalam muzium ini boleh menjadi memori indah yang tidak mungkin dilupakan kerana pengunjung perlu melalui pengalaman ini sendiri untuk merasainya. Muzium yang dibuka setiap hari dari jam 9 pagi sehingga 6 petang mengenakan tiket masuk sebanyak RM16 untuk dewasa dan RM8 (kanak-kanak) bagi warganegara Malaysia manakala pelancong dikenakan bayaran RM27 (dewasa) dan RM16 (kanak-kanak).

#Muzium #Muzium
;