Lifestyle

Arang Tidak Akan Memutihkan Gigi Anda? Dengar Penjelasan Tiga Pakar Ini

Hanafis Haris
12/11/2018
10:01 MYT
Sejak kebelakangan ini, meriah di media sosial mengenai produk serbuk arang. Malah sudah ada lagu tema pula yang kini menjadi siulan ramai walaupun adakalanya agak menjengkelkan.
Jika dilihat pada timeline Facebook, ada saja video dimuat naik oleh peniaga-peniaga yang menjual produk arang. Malah kebanyakkan penjual mendakwa bahan berkenaan mampu memutihkan gigi, menghilangkan bau mulut, menjadikan gigi sentiasa segar dan boleh bertindak sebagai detox untuk mulut.
Namun, di sebalik dakwaan ini timbul beberapa persoalan mengenai keberkesanannya. Adakah ia benar-benar mampu memutihkan gigi?
Kami berkesempatan menemui seorang doktor pada majlis ‘Get Mouth Fit’ yang dianjurkan oleh Colgate-Palmolive Malaysia beberapa bulan lalu dan ini penjelasannya.

MEDIUM PEMBERSIHAN GIGI

Presiden Persatuan Doktor Pergigian Malaysia, Dr Ng Woan Tyng berkata, penggunaan ubat gigi adalah sebahagian medium untuk menggosok dan membersihkan gigi serta mulut.
Menurut Dr Ng, pengguna boleh menggunakan apa saja bahan dirasakan sesuai untuk menggosok gigi. Apa yang lebih penting adalah harus menggosok gigi dengan cara yang betul dan pada waktu yang bersesuaian. Malah, bahan yang digunakan harus selamat.
Jelasnya, selagi bahan jualan berkenaan mendapat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ia selamat digunakan. Namun, keberkesanannya untuk memutihkan gigi harus diteliti terlebih dahulu.
"Bagi saya kurang yakin dengan dakwaan berkenaan. Namun, saya kena lihat dulu produk berkenaan sebelum memberi penjelasan lanjut. Nasihat saya, pengguna harus meneliti terlebih dahulu sebelum membeli mana-mana produk pergigian,” katanya.

BUANG KESAN WARNA PADA PERMUKAAN GIGI

Sementara itu, dalam kenyataan Dr Irma daripada Klinik Pergigian Irma Ariandi menerusi Utusan Malaysia menyatakan bahan arang cuma membersihkan permukaan gigi dan membuang kesan warna hanya pada permukaan gigi.
Jelasnya, ia tidak sama dengan power teeth whitening dan cosmetic teeth whitening yang digunakan doktor gigi di klinik.
“Berhati-hati dan bersederhana dalam memberus gigi menggunakan arang,” katanya.

KESAN JANGKA MASA PANJANG

Terbaru, Dr Amalina Bakri turut bersuara mengenai isu terbabit. Menurut beliau arang tidak memutihkan gigi.
Berdasarkan kajian yang diterbitkan sebelum ini, tiada bukti yang arang mampu memutihkan gigi. Ia memang boleh membersihkan gigi anda, namun tidak memutihkan gigi anda.
“Penggunaan jangka masa panjang juga akan membuatkan lapisan gigi anda nipis, it can weaken your enamel,” katanya menerusi Twitter.
Jadi bagi anda yang kerap menggunakan arang sebagai bahan cucian, maka boleh mendapat manfaat daripada maklumat ketiga-tiga pakar ini.
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

Diana Rafar, Zamarul Hisham dan Afyaa Santuni Selebriti Veteren Menerusi Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0

gempak
26/07/2024
21:30 MYT
Kejayaan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 1.0 yang dijalankan pada November tahun lalu mendorong pasangan selebriti, Diana Rafar dan Zamarul Hisham menganjurkan siri kedua.
Viral

Didakwa Guna Gambar Double Meaning Untuk Promote Produk, Imej Berpurdah Neelofa Dipersoal Netizen?

gempak
28/06/2024
06:52 MYT
Pengacara dan usahawan selebriti, Neelofa menjadi buah mulut netizen apabila menggunakan gambar yang disifatkan sebagai 'double meaning' dalam usaha mempromosikan produknya.
Gaya Hidup

Miniso Buka Pink Store Pertama Di Malaysia! Jom Semak Apa Yang Best Di Sini

gempak
20/06/2024
18:49 MYT
Jenama rangkaian kedai serbaneka Miniso mengadakan majlis perasmian secara besar-besaran bersempena dengan pembukaan 'Pink Store' mereka yang pertama di Pavilion Bukit Jalil.
Viral

Takut Dosa, Dahlia Rizal Cuba Dulu Produk Sebelum Terima Jadi Duta - "Menipu Tak Bagus"

gempak
16/06/2024
00:00 MYT
Pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal enggan menanggung dosa dan bimbang azab di akhirat dengan menipu pengguna menerusi reviu produk yang tidak dicubanya terlebih dahulu.
Viral

Guna Nama Zayn Rayyan Untuk Jual Produk, Netizen Kritik Penjual Guna Marketing Murahan - "Tak Sensitif Langsung!"

gempak
14/06/2024
00:57 MYT
Satu akaun di Platform X baru-baru ini dikritik oleh warganet apabila menggunakan nama kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan yang menjadi mangsa pembunuhan sebagai salah satu cara pemasaran produk di media sosial.