Skip to main content

Market Trends

Awas 5 Tempat Paling Beracun Di Dunia!

toxic.jpg
Planet bumi telah dihuni manusia sejak ratusan tahun dahulu. Sedari dulu, manusia jugalah yang menjadikan bumi semakin tenat dan rosak. Ada lima kawasan di atas muka bumi ini yang tidak lagi layak diduduki akibat kadar racun yang tinggi.

1) Lembah Karachay, Rusia

Gambar: www.merdeka.com

Lembah ini merupakan tempat yang paling mengerikan dan boleh membunuh anda dalam masa yang singkat. Hal ini berikutan lembah ini menjadi tempat pembungan sisa-sisa nuklear. Di daerah ini sahaja, ramai bayi dilahirkan cacat dan ada yang mengidap penyakit leukemia sedari lahir akibat terkena sisa-sisa beracun ini. 


2) Rondonia, Brazil

Gambar: www.merdeka.com

Rondonia adalah kawasan paling botak di wilayah hutan Amazon. Pohon-pohon telah ditebang dan dibakar. Akibat daripada terlalu banyak kerosakan sehingga menjurus kepada perubahan ekosistem, telah membuatnya salah satu tempat paling beracun di atas muka bumi ini. Tiada sebarang hidupan yang mampu bertahan di kawasan ini, anda juga tidak disarankan untuk pergi ke sana.


3) Sungai Yamuna, India

Gambar: www.glogster.com

Advertisement

Sungai ini terlalu kotor. TERLALU. Bertimbun-timbun sampah berhimpun di sungai ini sehingga menjadikannya kotor, berbau dan tentunya beracun dan meletakkannya sebagai diantara sungai paling tercemar di dunia. Telah ada beberapa usaha untuk membersihkan sungai ini namun misi ini seumpama mustahil berikutan masyarakat di India membuang sampah hampir 3.296 juta liter setiap hari. 


4) Linfen, China

Gambar: www.merdeka.com

Ini adalah kota paling tercemar di dunia. Hal ini disebabkan tahap udaranya yang sangat buruk. Jika anda menjemur pakaian di luar, pakaian anda bukannya akan kering tetapi akan menjadi warna hitam. Jadi bagaimana manusia boleh tinggal di kawasan ini?


5) La Oroya, Peru

Gambar: www.merdeka.com

Kota ini dipenuhi dengan kandungan plumbum yang tinggi sehingga membuatkannya tercemar dan beracun. Ada sebuah laporan yang dilakukan pada kanak-kanak yang tinggal disini, dalam aliran darah mereka terdapat kandungan plumbum yang sangat tinggi. Perkara ini amat membimbangkan World Health Organization (WHO) kerana jika kanak-kanak mempunyai kandungan plumbum yang tinggi dalam darah, bagaimana pula dengan masyarakat berumur yang telah tinggal lebih lama disana.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video