Bakal melangsungkan perkahwinannya pada 9 Mei ini bersama Meghan Markle, Putera Harry dikhabarkan menjemput dua bekas kekasihnya, Chelsy Davy dan Cressida Bonas hadir ke majlis bersejarah mereka.

Walaupun hubungan dengan kedua-dua bekas kekasihnya tidak berpanjangan, Putera Harry masih berkawan baik dengan mereka berdua.

Harry dan Davy berpacaran selama 7 tahun namun tiada jodoh antara mereka.

Memetik laporan Daily Mail, kawan Harry memaklumkan, "Harry mahu memastikan tidak ada perasaan terluka ketika mereka berpisah sebelum ini. Saya yakin Meghan tidak kisah dengan itu."

Harry menjalin hubungan dengan Davy, 32 selama tujuh tahun sebelum berpisah dan menjadi kekasih Bonas, 29, namun putus dua tahun lalu.

Putera berusia 33 tahun itu mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya bersama Markle,36, dan mereka dilihat sebagai pasangan secocok tanpa ada rasa cemburu.

Dalam pada itu, Kensington Palace tidak menjemput pihak media pada majlis tersebut.

Sumber: Mstar Online