Jumaat lalu SM Faliq SM Nasimuddin, 32, anak kepada Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin telah melamar kekasih hatinya, Chryseis Tan, 29 yang merupakan anak jutawan terkenal Tan Sri Vincent Tan.
Dalam sebuah gambar yang dikongsi oleh Chryseis di laman Instagramnya, Faliq melutut di hadapan Chryseis dan tertera lamaran ‘will you marry me’ dengan suasana yang cukup romantis.
Jika anda mengikuti akaun Instagram Chryseis, anda pasti tahu gadis ini seorang yang gemar mengembara. Percutian mewahnya turut disertai keluarga, teman-teman dan sudah semestinya buah hati tercinta.
Setiap kali melihat gambar percutian Chryseis dan SM Faliq, kami teruja kerana percutian mereka cukup bergaya. Cukup sepadan bagai pinang dibelah dua, jom intai beberapa aksi romantik percutian mewah mereka berdua.