Kalau anda pernah ke Turki ataupun transit di Istanbul, pasti anda tahu betapa besarnya lapangan terbang Istanbul Ataturk.

Gambaran luaran airport baru Turki.

Namun, salah satu tarikan terbaru di Istanbul sekarang adalah lapangan terbang barunya yang sungguh wow! Dikenali dengan nama 'lapangan terbang baru Istanbul' dan belum ada nama rasminya lagi, ini yang anda perlu tahu tentang lapangan terbang terbesar dan tersibuk dunia ini.

1. Lapangan terbang baru Istanbul didirikan di sebelah utara Istanbul, Turki. Jaraknya ke pusat bandar Istanbul sejauh 35km.

2. Rekaan dalaman airport ini menggabungkan interior khas Turki dengan sentuhan islamik. Menara kawalan lalu lintas udaranya berbentuk bunga tulip.

Menara kawalan udara berbentuk tulip.

3. Lapangan terbang ini bernilai USD12 bilion (RM48.8 bilion) sudah dibuka separuh pada Oktober 2018 lalu. Ia dirasmikan oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

4. Pemindahan lapangan terbang Istanbul Ataturk ke lapangan terbang baru ini akan bermula pada 5 April mengambil masa selama 45 jam.

Terdiri daripada beberapa terminal.

5. Berkeluasan 823 juta kaki persegi, lapangan terbang baru ini mampu menampung 200 juta pengunjung setahun.

6. Sebagai permulaan, 16,000 orang akan diambil bekerja. Antaranya 2,700 pekerja untuk operasi lapangan terbang, 3,522 bahagian keselamatan, 2,000 bahagian jualan bebas cukai serta 2,532 bahagian pembersihan, parkir dan perkhidmatan.

Lounge tersedia untuk pengguna.

7. Lapangan terbang ini merangkumi beberapa terminal, enam lapangan, 233 parkir kapal terbang, 500 kaunter daftar masuk, hotel, pusat perubatan, residen, galeri seni, pejabat pengurusan, pusat membeli-belah dan banyak lagi.

8. Lapangan terbang ini akan menjadi rumah bagi penerbangan rasmi Turki, Turkish Airlines dan beroperasi secara domestik dan antarabangsa.

Rumah kepada penerbangan Turkish Airlines,

Bagi yang akan travel ke Turki tak lama lagi, mungkin anda akan mendarat di lapangan terbang baru ini. Bestnya kalau dapat jadi antara yang pertama kali menjejakkan kaki ke sini.