LIFESTYLE
Baru Beberapa Jam Dilancarkan, Shawl Terbaru Neelofa Ini Sudah Cetus Pertikaian
Masih ingat lagi kontroversi menimpa ikon televisyen, Neelofa tahun lepas?
Beliau dikecam selepas mengadakan majlis pelancaran koleksi tudung dan sambutan ulang tahun kelahiran ke-29 di sebuah kelab hiburan terkenal di ibu kota.
Namun itu kisah lama, Neelofa kini tampil dengan koleksi terbarunya digelar sebagai Nour By NH. Menerusi Twitter rasminya, Neelofa mengumumkan koleksi 2019 selendang sutera yang pertama dicetak oleh jenama terbabit.
Selendang ini tampil dengan 5 warna dengan reka corak wildflowers dan sudah boleh didapati dalam talian dan juga butik berdekatan.
Cantik bukan? Walau bagaimanapun reaksi daripada netizen nampak gayanya tidak begitu menggembirakan.#NaelofarHijab new and first collection of 2019 is here! Say hello to #NourByNH , our very first printed satin silk shawl collection! Comes in 5 yummy colors, in beautiful printed wildflowers design, the collection is now available online and in-store! ✨✨✨ pic.twitter.com/IefpGDzXGw— Neelofa (@Neelofa) January 14, 2019
Rata-rata mereka merasakan gaya tudung lebih menarik berbanding gaya turban ditampilkan dalam iklan berkenaan. Mereka merasakan gaya berkenaan tidak menutup aurat sepenuhnya.
Anda boleh lihat komen-komen di bawah.
.jpg)
lofa walaupun shawl ini boleh di pelbagai gayakan tapi promosi gunakan style turbun ini tak sesuai la, cer ubah gambar promosi style tudung mesti macam goreng pisang panas.. cos yg membawang banyak - entah dia orang belik ke tidak ?— tina (@tina78737655) January 14, 2019
X patuh syariah ni— Jawe Bijan (@012_221) January 14, 2019
Xberkanan la cara mcm tu..sedih tgk..— Jakacoin (@Jaka76919381) January 14, 2019
.jpg)
Sebenarnya selendang ini boleh digayakan dengan pelbagai cara dan terpulang kepada anda. Malah menerusi laman web naelofarhijab pun terdapat gaya tudung ditampilkan.
Must-Watch Video