Lifestyle

Baru Berusia 17 Tahun, Little Miss Khan Keluarkan Jenama Kosmetik Harga Mampu Milik

Azwa Rahman
08/08/2018
04:05 MYT
Sponsor Banner
Baru Berusia 17 Tahun, Little Miss Khan Keluarkan Jenama Kosmetik Harga Mampu Milik
Pasti ramai mengenali adik kepada usahawan, pengacara dan pelakon, Neelofa, Ameera Khan atau lebih dikenali dengan nama Instagramnya, Little Miss Khan.Cantik dan bijak.
Baru berusia 17 tahun, nampaknya Ameera mengorak langkahnya sendiri apabila telah mengeluarkan jenama kosmetik sendiri, LMK Cosmetics.
LMK Cosmetics diinspirasikan oleh rasa cinta Ameera Khan pada bidang solekan. Sudah mengusahakan jenama ini sejak tahun 2016, kini Ameera bangga dan teruja untuk berkongsi minatnya dengan semua peminat solekan. Antara koleksi di dalam LMK Cosmetics.
"Solekan adalah salah satu cara saya mengekspresikan kreativiti. Jika dulu saya suka mengumpul pelbagai jenis alat solek, kini saya menghasilkannya sendiri", menerusi kenyataannya di lmkcosmetics.com.
Hadir dalam beberapa koleksi seperti pembayang mata, pemerah pipi, pengilat bibir dan highlighter, ia boleh dimiliki dengan harga mampu milik diantara RM44 sehingga RM77. Minat dengan bidang solekan.
Ameera mengimpikan jenama alat solek lokal ini mampu berada di pasaran antarabangsa. Untuk mencuba kosmetik Little Miss Khan, anda boleh dapatkannya di sini.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024