UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Lifestyle

Bayaran Masuk Ke Pulau-Pulau Di Sabah Naik!

Azwa Rahman 27/07/2017 | 08:51 MYT
Negeri Di Bawah Bayu, Sabah sememangnya terkenal dengan keindahan pulau-pulau serta hidupan lautnya. Menjadi antara destinasi percutian paling ramai dikunjungi pada tahun 2017 mengikut syarikat penerbangan AirAsia, tidak hairanlah mengapa Sabah sering menjadi destinasi percutian bagi warga Malaysia mahupun warga antarabangsa.

Let the countdown to your next beach vacation begin! ?: @mrandmrsromance #traveldiaries #travelgram #gayaislandresort #ytlhotels

A post shared by Gaya Island Resort (@gayaislandresort) on

Atas sebab lambakan pelancong inilah yang membuatkan bayaran masuk bagi lima buah pulau di Taman Tunku Abdul Rahman iaitu Pulau Sapi, Pulau Gaya, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug dinaikkan daripada RM3 kepada RM5 dan RM20 (RM10 caj lama) buat pelancong asing bermula tahun 2018.

Beach days, best days | Sapi Island, Kota Kinabalu • Photo by @manlee91 • #exploresabah #KKCity

A post shared by Kota Kinabalu (BKI) Sabah (@kkcity) on

Selain daripada masalah lambakan pelancong, kenaikan bayaran masuk ini juga ditetapkan atas dasar mahu mengekalkan keadaan taman secara optimum antaranya bekalan air bersih dan pelbagai kemudahan lain yang melibatkan penghantaran menggunakan bot khas dari bandar raya Kota Kinabalu setiap hari.

Jumlah pelancong di Taman Tunku Abdul Rahman pada tahun 2016 sahaja berjumlah 450,000 orang.

Vitamin Sea | Manukan Island, Kota Kinabalu ? • Photo by @shahnass_ • #exploresabah #KKCity

A post shared by Kota Kinabalu (BKI) Sabah (@kkcity) on

Jadi pada siapa yang masih mencari destinasi percutian untuk tahun 2017 ini, bolehlah datang ke negeri Sabah.

#Travel #travel
;