Tepi sikit model rambut, kini bayi berusia lapan bulan menarik perhatian ramai kerana memiliki rambut yang lebat sehingga laris menjadi model produk rambut.

Memiliki rambut yang lebat dan panjangnya mencecah 15 cm, Primrose Autumn Loveridge suka bergaya di depan kamera.

Cantiknya rambut!

Dengan panggilan manja Posy kerana suka berposing depan kamera, dia disenangi ramai kerana jenis tidak merengek malah sangat mesra.

Ibunya, Beccy May Cooper, 29, dari Somerset mengakui tidak percaya dengan kelebatan rambut anak mereka sewaktu dia dilahirkan.

Laris sebagai model iklan.

Malah, rambut Posy sememang lebat sejurus keluar dari perut ibunya sehingga mengejutkan ahli keluarga terdekat.

Bayi ini baru berusia 8 bulan.

Sudah memiliki akaun Instagram dengan 1,376 pengikut, Posy pernah memperagakan hampir 20 produk rambut antaranya Too Much Cute, 4trendykids, Mia JG, Monsoon dan banyak lagi.


Sumber: Mstar