Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Lifestyle

Bekas Ratu Cantik, Jo Anna Sah Bergelar Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah

Azwa Rahman 11/10/2018 | 04:06 MYT
Masihkah anda ingat pada bekas ratu cantik yang terjun ke bidang politik apabila bertanding di kerusi parti Warisan Sabah mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu, Sabah, Jo-Anna Sue Henley Rampas?

Gadis berusia 28 tahun ini sah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Tulis Jo Anna di laman sosial Instagramnya, dia akan menggalas jawatan itu bagi Kementerian Kewangan negeri.

Turut disertakan beberapa keping gambar angkat sumpah, Jo Anna sebelum ini turut menjawat jawatan Timbalan Ketua Wirawati Warisan Sabah.

Seramai 19 orang Setiausaha Politik Kementerian Kerajaan Negeri Sabah telah mengangkat sumpah bersaksikan Ketua Menteri semalam.

Selain bertanding di PRU14, nama Jo Anna sudah lama dikenali apabila dia merupakan bekas ratu cantik Unduk Ngadau. Selain cantik, dia turut mempunyai bakat menyanyi.

Dia pernah menyertai Bintang RTM 2009 dan menjadi naib juara setelah tumpas pada juara musim itu, Ernie Zakri.

#Beauty #Beauty
;