Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Bergelar Tunang Justin Bieber, Siapa Sebenarnya Hailey Baldwin?

Azwa Rahman
12/07/2018 04:26 MYT

Umum mengetahui bahawa Penyanyi kelahiran Kanada, Justin Bieber sudah pun melamar kekasihnya Hailey Baldwin ketika mereka sedang bercuti di Bahamas pada Sabtu lalu.

Walaupun sebelum ini Bieber sering dikaitkan dengan bekas kekasihnya Selena Gomez sehingga diharapkan akan menamatkan zaman bujangnya bersama penyanyi itu, nampaknya hati Bieber kini menjadi milik Baldwin.

 

Bieber dan Baldwin sudah saling mengenali sejak dari tahun 2016 sebelum mereka kemudiannya berpisah dan akhirnya kini kembali bersama. Jadi, siapakah Hailey Baldwin sebenarnya?

1. Berasal dari keluarga pelakon

Bapa Hailey Baldwin, Stephen Baldwin,  merupakan seorang pelakon, produser dan juga penulis. Bapa saudaranya pula adalah Alec Baldwin, pelakon yang membintangi filem popular seperti Blind, The Baby Boss, The Aviator, Fun With Dick and Jane, Madagascar: Escape 2 Africa, Mission Imposibble - Rogue Nation dan banyak lagi.

 

2. Model terkenal

Hailey Baldwin memulakan kariernya sebagai seorang model. Memiliki ketinggian 171cm, Hailey bermula pada tahun 2014 bagi jenama TopShop. Berada di bawah pengurusan IMG Models, dia menjadi pilihan jenama seperti Ralph Lauren, Tommy Hilfiger, Moschino, Guess, Dolce & Gabbana, Ellie Saab dan kini sering menghiasi muka hadapan majalah-majalah fesyen antarabangsa.

 

3. Bersahabat baik dengan Gigi Hadid

Kalau dah namanya model, pasti Hailey mempunyai ramai kenalan model namun seorang ini lebih dari sekadar teman catwalk. Hailey bersahabat baik dengan supermodel ternama, Gigi Hadid.

 

4. Bercinta dengan Shawn Mendes?

Sebelum mengikat tali pertunangan dengan Justin Bieber, Hailey dikatakan intim dan rapat dengan penyanyi kacak, Shawn Mendes. Kedua-duanya tampil bersama ketika menghadiri Met Gala pada bulan Mei lalu. Namun Shawn Mendes menepis gosip tersebut dan mengatakan mereka hanyalah kawan baik.

 

5. Model muzik video

Hailey Balwin pernah membintangi muzik video Cody Simpson bertajuk On My Mind pada tahun 2011. Selain itu, si cantik ini turut muncul dalam muzik video Baptiste Giabiconi berjudul Love To Love You Baby pada tahun 2016.

#Beauty #Beauty