Jika anda dah mula bosan atau tak tahu mana nak pergi untuk membeli-belah, kami cadangkan agar anda berkunjung ke Shah Alam. Mempunyai populasi seramai 650,000 orang dan juga menjadi ‘rumah’ kepada beberapa institusi pengajian tinggi seperti UiTM, maka tidak harianlah sekiranya Shah Alam menjadi salah satu ‘syurga’ membeli belah untuk kaum Adam dan Hawa. Disebabkan ini juga, ramai pemilik butik dan jenama besar mempunyai keyakinan untuk melebarkan sayap mereka dan membuka cawangan di Shah Alam.

Jadi, bagaimana nak memulakan ‘perjalanan’ shopping korang? Mesti pening kan, banyak sangat kedai sampai tak tahu nak pergi yang mana dulu. Apa kata kita pergi ke butik yang berkonsepkan vendor. Apa itu butik konsep vendor? Sejak kemunculan pelbagai jenis sosial media dan kemudahan internet dan telefon pintar, pengguna kini mempunyai kemudahan untuk membeli belah hanya dihujung jari mereka. Tetapi kadang kala, ye lah, kita rasa tak puas tengok gambar, rasa macam nak pergi tengok dan pegang barang tu. Maka di situ muncul lah konsep vendor butik. Ianya sebuah kedai di mana pelbagai online sellers akan menyewa tapak dan pemilik kedai tersebut akan membantu menjual barangan mereka.

Rasa macam seronok je kan? Boleh pergi shopping beberapa kedai maya dalam satu masa! Tak payah nak pergi banyak tempat, boleh dapat satu outfit complete, from top to bottom. Okay lah, kami dah tolong jimatkan masa korang dengan menyenaraikan beberapa butik konsep vendor yang korang boleh pergi nanti. Happy shopping!

Sincerely by Us Boutique (SBU)

Jenama SBU sudah lama berada di pasaran sejak diasakan oleh Inora Putri pada tahun 2011 tetapi pada tahun 2013, beliau telah mengorak langkah dengan membuka kedai berkonsepkan vendor di Shah Alam. Antara keistimewaan SBU adalah ianya mempunyai sebuah ruangan mini café di mana para pelanggan boleh memesan pelbagai jenis kek dan manisan yang boleh dinikmati sambil membeli belah. Selain itu, SBU juga telah memperkenalkan sebuah rangkaian pakaian bayi yang direka khas oleh mereka sendiri.


Jumlah vendor: 20-30 (bergantung kepada cawangan)
Menjual: Pakaian bayi dan dewasa, hijab, makanan, aksessori telefon, aksesori, produk kecantikan, buku, beg
Julat harga: Makanan - bermula dari RM0.50, Pakaian etc - RM150 kebawah
Waktu operasi: 11am-9pm setiap hari (Tutup setiap hari Isnin)
Laman web: www.sincerelybyusofficial.com
Instagram: @sincerelybyushawls
Facebook: Sincerelybyus Shawls

Alamat:
CAWANGAN SHAH ALAM
B-19-G, Jalan Serai Wangi K 16/K,
Alam Avenue 2, 40200,
Shah Alam, Selangor
Tel: 03 5524 1806

CAWANGAN BANGI
No.18A, Jln Medan Pusat Bandar 2C,
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi,
43650, Bangi, Selangor
Tel: 03 8912 0936

CAWANGAN JOHOR
No.4, Jalan Kolam Air,
Nong Chik Height, 80200,
Johor Bahru.
Tel: 07 2070 698

The Muse Dept

Ditubuhkan pada tahun Julai 2014, The Muse Dept (TMD) sememangnya membawa suatu kelainan berbanding butik berkonsepkan vendor yang lain. TMD telah membawa masuk jenama kasut terkemuka dari Indonesia, MKS Shoes, untuk dipasarkan di negara kita. Sejak dari itu, kasut ini telah menjadi dambaan ramai wanita di luar sana termasuk pemilik butik atas talian, Fashion Valet, iaitu Vivy Yusof. Objektif pembukaan butik TMD adalah untuk menjadi sebagai one stop centre untuk para gadis di luar sana yang meminati fesyen, muzik, dan seni. Pendek kata, dari pakaian tradisional, ke pakaian kasual, anda pasti tidak akan jemu dengan pilihan yang ada.


Jumlah vendor: 20
Menjual: Pakaian tradisional, pakaian kasual, hijab, aksesori, produk kecantikan, buku, beg, kasut
Julat harga: RM10-RM179
Waktu operasi: 11am-8pm setiap hari (Tutup setiap hari Isnin)
Instagram: @themusedeptmy
Facebook: The Muse Dept
Alamat:

C 15-1 (Tingkat 1) Alam Avenue 2,
Jln Serai Wangi L 16/L, Seksyen 16,
40000, Shah Alam, Selangor.

Tel: 03 5524 3630/+6013 488 4248

Nanano Vendors

Nanano Vendors pada asalnya bermula dengan Nanano Collection, sebuah jenama pakaian yang diasaskan oleh Nana Ashrina pada tahun 2008. Bermula dengan jualan atas talian menerusi blog, Nanano telah berusaha untuk mengukuhkan jenamanya selama beberapa tahun dan akhirnya berjaya membuka butik mereka, Nanano Vendors pada tahun 2013. Antara perkara yang membuat kami kagum adalah keupayaan gadis ini untuk membuka lima cawangan butiknya hanya dalam masa tiga tahun sahaja. Nanano Vendors mahu dilihat sebagai sebuah hub fesyen untuk wanita urban masa kini.

Jumlah vendor: 26-50 (bergantung kepada cawangan)
Menjual: Pakaian tradisional dan kasual, kasut, beg, hijab, aksesori
Julat harga: RM25-RM300
Waktu operasi: 11am-8pm setiap hari (Tutup setiap hari Isnin)
Laman web: www.nananovendors.com
Instagram: @nananovendors
Facebook: Nanano Vendors
Alamat:
CAWANGAN TTDI
No.66, Jalan Persiaran Zaaba,
Taman Tun Dr. Ismail,
60000, Kuala Lumpur.
Tel: 03 77329009

CAWANGAN BANGSAR
No.71, Jalan Terasek 1,
Bangsar Baru, 59100,
Kuala Lumpur.
Tel: 03 2201 1490

CAWANGAN BANGI
4-43-05, Tingkat 4,
Bangi Sentral, Seksyen 9,
43650, Bandar Baru Bangi,
Selangor.

CAWANGAN TTDI RASTA
Taman Tun Dr Ismail PR6,
Plaza Rasta 1, Jalan Datuk Sulaiman TTDI,
60000, Kuala Lumpur.

CAWANGAN SHAH ALAM
No. 42B, Jalan Plumbum N7/N,
Seksyen 7, 40000, Shah Alam,
Selangor.

Vendoroute

Vendoroute merupakan hasil titik peluh dua rakan karib, Farah dan Bella, yang telah dibuka pada tahun 2015. Seperti Nanano juga, mereka bermula dengan jenama sendiri iaitu, Farabelle, sebuah jenama koleksi hijab. Meskipun masih baru berkencimpung dalam dunia butik berkonsepkan vendor, mereka menerima maklum balas yang memberangsangkan dari para pelanggan mereka. Bagi mereka yang menggemari atau mencari pakaian Muslimah, bolehlah berkunjung ke Vendoroute.

Jumlah vendor: 6
Menjual: Pakaian tradisional, pakaian kasual, hijab, wangian, produk kecantikan, aksesori
Julat harga: RM50-RM160
Waktu operasi: 10.30am-7pm (Hari biasa), 10.30am-9pm (Hujung minggu)
Instagram: @vendoroute
Facebook: Vendoroute Shah Alam
Alamat:

No.51, Jalan Plumbum P7/P,
Seksyen 7, 40000,
Shah Alam, Selangor.
Tel: +6012 987 9259