,
Lifestyle

"Campuran Cuka Kurma Dengan Telur Ayam Kampung" - Yatt Hamzah Kongsi Tips Bersalin

Mya Amri
08/05/2018
09:10 MYT
Pelakon Yatt Hamzah akui tidak lalu makan sebelum melahirkan puteri ketiganya, Suci Hayfaa Medina pada 1 April lalu.
Menurut Yatt, dia terpaksa menjamah sedikit makanan kerana khuatir akan memudaratkan dirinya sekiranya kekurangan tenaga ketika proses bersalin. Yatt paksa diri untuk makan. Imbas kembali detik bermakna itu, Yatt berkongsi pengalaman tersebut menerusi akaun Instagramya baru-baru ini.
#throwback - 1 April 2018, 2 jam sebelum bersalin. Masa ni lapar sangat sebab malamnya tak lalu nak makan dek menahan sakit contraction yang teramat lepas kena induce sedas. So paksalah diri makan roti 2 keping, secawan milo dan kurma sebiji juga seteguk air zamzam sebagai persediaan nak meneran nanti. Yatt masih berpantang. “Yaa, nak meneran baby bukan kerja mudah. Guna banyak tenaga, sangat memenatkan dan haruslah sangat sakit. Amatlah mencabar lagi-lagi yang sejenis susah nak bersalin sebab jalan tak buka macam Bonda. Jadi makan sebelum bersalin sangat penting. Ya, Bonda faham contraction sangat sakit sampai tak lalu nak makan. Tapi kena juga paksa diri makan walaupun sebiji kurma, kalau nak anak keluar cepat ya,” tulisnya. Yatt belum mendedahkan wajah puteri ketiganya. Selain itu, Yatt juga turut berkongsi beberapa tips mudah bersalin untuk pengikut Instagramnya.
“Tips psikologi Bonda nak baby cepat keluar masa meneran: 1. Bayangkan baby dah keluar dan tak sabar nak jumpa dia! 2. Fikir Nak cepat habis proses bersalin so dapat jumpa baby cepat!
“Tips mudah bersalin yang Bonda baru dapat lepas bersalin (ahaha): Telan campuran cuka kurma dengan telur ayam kampung masa nak dekat-dekat bersalin. Sharing is caring,” coretnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

"Saya Terlalu Sibuk!" - Amir Masdi Tak Sempat Fikir Fasal Cinta, Hanya Fokus Kerja Sahaja

gempak
02/09/2024
06:04 MYT
Penyanyi Amir Masdi menjelaskan bahawa dia tidak memberi fokus kepada mencari pasangan hidup sebaliknya hanya memberikan tumpuan sepenuhnya untuk mengembangkan kerjaya.
Hiburan

Zarina Anjoulie Gembira Pembedahan Hidung Berjaya, Rasa Lebih Yakin Depan Kamera

gempak
01/09/2024
05:52 MYT
Pelakon sensasi Zarina Anjoulie menzahirkan rasa gembira apabila proses pembedahan hidung yang dilakukan berjalan dengan lancar.
Hiburan

Bimbang Dengan Kes Jenayah, Erra Fazira Pantau Aktiviti Anak Perempuan - "Saya Tidak Mengongkong Anak"

gempak
29/08/2024
11:55 MYT
Susulan kes jenayah yang semakin membimbangkan, aktres jelita, Erra Fazira menzahirkan rasa risau terhadap keselamatan anak perempuannya, Engku Aleesya.
Hiburan

Kongsi ‘Quote’ Dengan Maksud Tersirat, Ruhainies Tujukan Dekat Siapa?

gempak
23/08/2024
03:35 MYT
Pelakon kontroversi, Ruhainies memuat naik mesej yang mempunyai maksud tersirat menerusi platform media sosialnya.
Hiburan

Fatiya Latiff Dedah Bakal Dirikan Rumah Tangga Tahun Hadapan, Dapat 'Green Light" Dari Ibu Bapa

gempak
22/08/2024
08:55 MYT
Pelakon Fatiya Latiff mendedahkan dirinya bakal mendirikan rumah tangga pada awal tahun hadapan.