Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

"Campuran Cuka Kurma Dengan Telur Ayam Kampung" - Yatt Hamzah Kongsi Tips Bersalin

Mya Amri
08/05/2018 09:10 MYT
Pelakon Yatt Hamzah akui tidak lalu makan sebelum melahirkan puteri ketiganya, Suci Hayfaa Medina pada 1 April lalu.

Menurut Yatt, dia terpaksa menjamah sedikit makanan kerana khuatir akan memudaratkan dirinya sekiranya kekurangan tenaga ketika proses bersalin.

Imbas kembali detik bermakna itu, Yatt berkongsi pengalaman tersebut menerusi akaun Instagramya baru-baru ini.

#throwback - 1 April 2018, 2 jam sebelum bersalin. Masa ni lapar sangat sebab malamnya tak lalu nak makan dek menahan sakit contraction yang teramat lepas kena induce sedas. So paksalah diri makan roti 2 keping, secawan milo dan kurma sebiji juga seteguk air zamzam sebagai persediaan nak meneran nanti.

“Yaa, nak meneran baby bukan kerja mudah. Guna banyak tenaga, sangat memenatkan dan haruslah sangat sakit. Amatlah mencabar lagi-lagi yang sejenis susah nak bersalin sebab jalan tak buka macam Bonda. Jadi makan sebelum bersalin sangat penting. Ya, Bonda faham contraction sangat sakit sampai tak lalu nak makan. Tapi kena juga paksa diri makan walaupun sebiji kurma, kalau nak anak keluar cepat ya,” tulisnya.

Selain itu, Yatt juga turut berkongsi beberapa tips mudah bersalin untuk pengikut Instagramnya.

“Tips psikologi Bonda nak baby cepat keluar masa meneran: 1. Bayangkan baby dah keluar dan tak sabar nak jumpa dia! 2. Fikir Nak cepat habis proses bersalin so dapat jumpa baby cepat!

“Tips mudah bersalin yang Bonda baru dapat lepas bersalin (ahaha): Telan campuran cuka kurma dengan telur ayam kampung masa nak dekat-dekat bersalin. Sharing is caring,” coretnya.
 
#Selebriti #Selebriti