Sorry Pantai Klebang Melaka, nampak gayanya sudah ada port baru untuk mengambil gambar yang super 'insta worthy'. Bukan di luar negara, sebaliknya lokasi terbabit hanyalah di Sungai Limau, Yan, Kedah.

Jadi apa yang menariknya di Sungai Limau ini dan mengapa ia secara tiba-tiba menjadi viral?

Jika dilihat dari jauh, ia merupakan kawasan berhampiran sawah padi yang dibiarkan, berkemungkinan selepas habis tempoh menuai.

Suasana penuh dengan jerami dan warna ton di kawasan ini sememangnya menarik perhatian terutama bagi individu yang gemar mengambil gambar.

Anda boleh lihat beberapa gambar diambil oleh jurugambar freelance dikenali sebagai Faizalrenjongs di Twitter. Gambar ini telah dikongsi lebih daripada 1,230 di Twitter miliknya.



Bagi anda yang ingin ke sini, perlu diingatkan gelung atau gumpalan ini tidak kekal lama. Hanya dua ke tiga hari saja sebelum ia diberi makan kepada lembu dan kuda.

Perkara ini perlu diambil kira supaya anda tidak pulang dengan kecewa jika datang dari jauh.
Sekali pandang, ada iras-iras lokasi di PUBG iaitu Erangle bukan? Apapun tempat ini wajib dikunjungi jika anda berada di Kedah.

Untuk gambar yang lebih banyak anda boleh follow Instagram pemuda ini, faizalmohammad atau padiy_production.