Lifestyle

Dari Pentas Nyanyian Ke Pentas Runway

Alexander Hadreez Jr
07/04/2017
03:29 MYT
Itulah perkembangan terbaharu vokalis kumpulan rock, Amy Search apabila tampil dengan koleksi pakaian tersendiri di bawah label General Products by Amy Search. Himpunan milik bintang rock terkenal itu dipertontonkan dalam dalam pertunjukan fesyen untuk Minggu Fesyen Islam Asia 2017 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Acara itu yang berlangsung dari 30 Mac hingga 2 April lalu itu menjadi ruang untuk semua pihak mendekati dan memiliki aliran mutakhir dalam persalinan busana, aksesori, kosmetik dan sumber berinspirasi Islam. Menepati konsep, koleksi rekaan Amy terdiri daripada pelbagai jenis jubah, kurta serta songkok pelbagai corak dan warna.
Koleksi rekaan Amy Search bertaraf antarabangsa.(Kredit Gambar: Alexander Hadreez Jr.)
Ternyata, diam Amy ibarat ubi. Walaupun kelibatnya jarang dilihat dalam acara hiburan namun tempoh itu digunakan penyanyi berusia 59 tahun ini untuk menonjolkan sisi lainnya sebagai seorang pencinta fesyen.
Melihat koleksi Amy kali ini, ada antaranya memaparkan konsep celoreng. Fesyen sebegitu pernah menimbulkan kontroversi apabila ada pihak yang menentang atas alasan orang awam tidak boleh memakai baju bercorak sedemikian dengan sewenang-wenangnya.
Apakah Amy tidak risau jika ada pihak mempersoalkan perkara itu, sekali gus menjejaskan reputasinya dalam bidang yang baru diceburinya itu?
Jawapan yang diberi Amy cukup mudah iaitu beliau enggan mengambil peduli perkara itu kerana baginya, konsep celoreng sudah diterima pakai oleh pereka di seluruh dunia.
“Pada saya, corak celoreng ialah sebahagian daripada fesyen dan konsep itu sudah biasa ditampilkan di pentas fesyen antarabangsa.
Setiap rekaan mempunyai 'jiwa' Amy Search.(Kredit Gambar: Alexander Hadreez Jr.)
“Saya takkan layan jika ada orang mahu menjadikan hal itu sebagai satu isu.
Lagipun, ia bukanlah pakaian seragam tentera atau nak menyamar menjadi askar,” tegasnya kepada Rojak Daily Kaw!
Mengenai kesungguhannya untuk menceburkan diri dalam bidang fesyen, pemilik nama Suhaimi Abdul Rahman ini berkata berkata, memang sejak dulu lagi beliau mengimpikan untuk mempunyai label sendiri.
“Dunia fesyen ialah sebahagian daripada hidup saya dan saya bersyukur kerana impian untuk memiliki jenama sendiri menjadi kenyataan.
“Perkara ini pula pastinya takkan menjadi kenyataan tanpa bantuan rakan kongsi yang juga isteri saya Nourish atau Norhasniza Hassan. Dia banyak membantu dari segi penghasilan produk seperti pemilihan fabrik dan warna berdasarkan idea yang saya berikan.
Amy Search bakal hasilkan rekaan pakaian biasa pula.(Kredit Gambar: Alexander Hadreez Jr.)
“Bagi tujuan pertunjukan ini, saya lebih menekankan soal konsep persembahan dan lagu bagaimana yang harus diputarkan untuk mengiringi model di atas pentas. Ia bertujuan memberikan nilai tambah terhadap rekaan yang ditonjolkan,”kata penyanyi yang gayanya sering menjadi ikutan anak-anak muda.
Setiap pereka pasti mempunyai identiti tersendiri dalam setiap hasil kerja mereka dan Amy juga tidak ketinggalan untuk memiliki tanda dagang tersendiri.
“Koleksi yang kami persembahkan hari ini melambangkan diri saya. Setiap helaian itu saya hasilkan mempunyai unsur Amy Search iaitu ‘rugged’. Walaupun berkonsepkan jubah, namun gaya ranggi tetap perlu ada.
“Rekaan saya sebenarnya tidak terhad kepada konsep Islamik semata-mata. Insya-Allah, saya akan keluarkan konsep pakaian yang lain pula selepas ini,”ujarnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Laman Utama

MODA Lancar Naskhah Eksklusif! Ada Kisah Pereka Popular Malaysia Antaranya Melinda Looi, Alia Bastamam, Rizman Ruzaini & Jimmy Choo Dalam Satu Buku

gempak
26/03/2023
10:50 MYT
Jom dapatkan sekarang
Laman Utama

Malala Yousafzai Pertama Kali Datang Oscar, Selendang Atas Kepala Jadi Tumpuan

gempak
13/03/2023
16:00 MYT
Cantik
Laman Utama

Pertama Kali Bekerjasama, Melinda Looi Bangga Karya Anak Sendiri Terlibat Dalam Projek Melinda Looi Couture 2023

gempak
09/10/2022
11:00 MYT
Melinda Looi Couture 2023
Laman Utama

Yonnyboii Kena Serangan Panik Selepas Catwalk Di Fashion Show Neonate - "Saya Sesak Nafas, Insecure & Cuak Sangat... Mujur Tunang Ada Sekali"

gempak
08/11/2021
08:25 MYT
Risau tengok keadaan Yonnyboii lepas fashion show...
Laman Utama

“Jasa Mereka Sangat Besar” - Vivy Yusof Bekerjasama Dengan Pos Malaysia Bagi Kempen Negaraku Negaramu

gempak
09/09/2020
06:47 MYT
Hargai jasa pekerja pos.