Mengangkat inspirasi warna-warni dunia fesyen Islamik dan sebagai usaha mengembangkan lagi industri tersebut, Asia Islamic Fashion Week 2017 (#AIFW2017) akan kembali dan Malaysia bertindak selaku tuan rumah buat julung kalinya.

Ia merupakan acara dagangan yang direka khusus untuk mempersembahkan gabungan kesantunan fesyen dengan gaya terkini yang tidak lari daripada konteks Islamik. Acara ini akan diadakan bermula 30 Mac – 2 April 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang berprestij selama (4) empat hari dari jam 10 pagi hingga 8 malam setiap hari, untuk semua pihak mendekati dan memiliki trend mutakhir dalam persalinan busana, aksesori, kosmetik dan sumber yang berinspirasi Islam.

Bertemakan ‘Memperkenalkan Asia Sebagai Pusat Global Fesyen Islamik’, #AIFW2017 bercita-cita untuk menjadi ruang pasaran bagi fesyen dan gaya hidup Islamik berpengaruh di Asia, dengan menyediakan medan bagi komuniti bisnes fesyen Islamik bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan. Malah Asia Islamic Fashion Week ini akan turut menyaksikan beberapa pereka fesyen dan jenama terlibat antaranya Dian Pelangi, Cosry, Karina Ng, Mimpi Kita, Eja Shahril, Sawdaa, Uniqlo, Inayah UK, Phewiit by Amy Search, Mumu Scarf, Ash & Annas, Telekung Siti Khadijah, Insaniyah dan banyak lagi.

Tambah menarik apabila #AIFW2017 kali ini turut memperkenalkan tiga fashion influencers bagi #AIFW2017. Mereka adalah:

1) Dian Pelangi

Pereka fesyen serba boleh dari Indonesia, pemenang anugerah, usahawan berjaya dan merupakan salah seorang ikon fesyen berpengaruh
dalam komuniti Islamic Global dengan memilki 4.4 juta pengikut di laman Instagram.

2) Mizz Nina

Salah seorang ikon Malaysia yang dipandang tinggi dan dihormati kerana usahanya dalam dakwah,fesyen dan kerja-kerja kemanusiaan.

3) Melanie Elturk

Salah seorang pakar dalam industri fesyen, penyumbang tetap untuk majalah ELLE.Com dan merupakan Ketua Pegawai Eksekutif salah sebuah jenama terbesar di Amerika Syarikat untuk fesyen modest dengan misi untuk memperkasakan pemakaian hijab di dunia.