Samsung Galaxy S10 telah dilancarkan secara global minggu lalu, namun di Malaysia ia masih belum dipasarkan dan hanya dibuka untuk pra tempahan.

Persoalannya, adakah Galaxy S10 ini mampu menarik perhatian pengguna setia Samsung mahupun jenama lain untuk beralih arah?

Kami telah menerima Galaxy S10 Plus secara eksklusif daripada Samsung dan ini antara pandangan awal kami.


Jika dilihat pada reka bentuk kali ini, peranti ini masih mengekalkan rekaan solid dan premium. Varian yang kami terima pula adalah Prism White dan ia kelihatan lebih menonjol dan eksklusif.

Buat pertama kalinya Samsung menggunakan panel Dynamic Amoled yang kualitinya dipertingkatkan. Secara keseluruhannya prestasi S10 Plus setakat ini sangat memuaskan.

Bateri pula sekitar 4-5 jam Screen On Time (SOT).

Kamera? Saya sertakan gambar awal ini untuk anda nilai sendiri. Perlu diingatkan kesemua gambar di bawah menggunakan mod lebar.



Anda boleh lihat gambar penuh di Instagram saya di sini. Nantikan ulasan penuh saya nanti.