Jika anda suka dengan elemen seram, gerun dan ganas yang mampu menggegarkan dunia, maka saluran Boo (404) merupakan destinasi terbaik untuk anda nikmati filem-filem seram yang cukup mengerikan. Empat filem ini seharusnya ada dalam senarai wajib tonton anda.

Misterius (Indonesia)
Jumaat, 11 November, 10.30 malam

source: imgur.com
Gambar: sinopsisfilmbaru.com

Suami kepada Lestari telah mati tiga tahun yang lalu dan beliau telah mengusahakan perniagaan pakaiannya sendirian. Lestari juga mempunyai dua orang anak; Agus dan Wulan. Setelah seorang daripada pekerjanya bernama Sumiyati mati, Lestari dan anak-anaknya mula dihantui oleh roh Sumiyati yang sering mengganggu mereka. Di sebabkan perkara itu, Lestari terpaksa meminta bantuan bomoh bagi menghalau roh jahat tersebut. Setelah berjumpa bomoh, dia mendapati bahawa Sumiyati masih berhutang sesuatu dengan keluarga Lestari. Siapa sebenarnya Sumiyati? Dan apakah punca yang menyebabkan kematiannya itu?


Grace (Thailand)
Jumaat, 18 November, 10.30 malam

source: imgur.com
Gambar: thaifilmjournal.blogspot.my

Care merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang terkenal dan berperwatakan comel. Selain itu dia juga sememangnya ingin menjadi terkenal di Internet. Untuk merealisasikan impiannya itu, dia dan rakan karibnya Ple telah membuka sebuah akaun Facebook untuk berkongsi gambar-gambar peribadinya termasuk video-video dan telah mendapat banyak Likes. Namun, ketika itu segala kegiatan dan popularitinya itu telah di perhatikan oleh Grace, yang juga merupakan individu terkenal di Internet pada suatu ketika dahulu. Perasaan cemburu Grace terhadap Care semakin bertambah apabila teman lelakinya, Jack juga turut meminati Care dan membuatkan mereka mengikuti perkembangan harian Care di Facebook. Dengan menggunakan segala maklumat yang di kongsi oleh Care di Facebook, mereka telah merancang untuk menculiknya. Grace kemudian ingin menghancurkan hidup Care dan memberitahu dia bagaimana Internet boleh menghancurkan hidupnya dan dunia ini bukan sekadar perkara yang indah sahaja.


The Tag-Along (Mandarin/Taiwan)
Jumaat, 25 November, 10.30 malam

source: imgur.com
Gambar: subscene.com

Seorang broker yang tinggal bersama neneknya tetapi dia tidak sedar bahawa wanita tua itu telah hilang tetapi rumahnya sentiasa berada dalam keadaan rapi. Kemudian apabila dia memeriksa di kamera CCTV, dia dapati bahawa neneknya itu telah diikuti oleh seorang gadis berbaju merah. Akhir sekali, neneknya telah pulang ke rumah dan kemudian, dia pula yang dikatakan telah hilang.


Goodnight Mommy (Austria)

source: imgur.com
Gambar: 411posters

Kanak-kanak kembar, Lukas dan Elias berpindah ke rumah baru hidup bersama ibunya yang turut bergelar seorang pelakon. Namun ibunya baru sahaja menjalani pembedahan kosmetik mengubah wajah sehingga membuatkan dia perlu memakai bandage di seluruh muka. Namun Lukas dan Elias menyedari bahawa ibunya, tidak seperti ibunya. Apakah yang sebenarnya terjadi?