Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Lifestyle

Euro Fun Park Kini Di Shah Alam, Ini Empat Permainan Anda Wajib Cuba

Azwa Rahman 27/03/2019 | 07:12 MYT
Selepas bertapak di Gombak beberapa bulan yang lalu, kini keseronakan taman tema ini boleh dinikmati oleh orang-orang Shah Alam.

Telah dibuka pada 22 Mac lalu, Euro Fun Park berada di perkarangan Stadium Malawati, Seksyen 13, Shah Alam.

Dengan bayaran masuk RM4, ia akan berakhir pada 3 Mei ini jadi anda ada masa yang panjang untuk mengajak teman-teman melawat taman ini.

Dibuka dari jam 7 malam sehingga 12 tengah malam, kami senaraikan apakah empat permainan yang anda patut cuba jika ke sini. Tetapi, hanya untuk orang yang berani mencuba sahaja.

1. Vortex

Memang adrenalin meledaklah kalau anda berani naik Vortex. Anda akan berputar tanpa sedar di mana langit dan dimana tanah. Hanya satu ucapan, semoga berjaya.

2. Challenger

Challenger ini akan mengubah pemikiran anda tentang permainan taman tema yang bosan. Sama seperti Vortex, anda juga akan berputar 360 darjah, menjeritlah sesuka hati anda sehingga ia berhenti.

3. X Coaster

Roller coaster sememangnya wajib naik kalau anda ke mana-mana taman tema. Menjeritlah sepuas hati anda, pasti berganda keseronokan.

4. Super Jet

Pasangan yang membawa anak-anak, Super Jet sesuai untuk mereka yang inginkan keseronokan seperti membawa kapal jet sendiri. Putarannya tidak terlalu laju dan pasti kanak-kanak sukakannya.

#parks
;