Ini bukan kolaborasi lagu, ini kolaborasi fesyen. Fashion Valet dan penyanyi hip hop tersohor negara, Jow Flizzow bergabung bagi menghasilkan kolaborasi fesyen bercirikan patriotik bersempena Hari Kebangsaan ke-61 yang disambut 31 Ogos ini.

Koleksi patriotik Joe Flizzow, 1957.

Jenama 1957, diinspirasikan dari Jalur Gemilang menggunakan warna-warna patriotik seperti merah, putih, kuning dan biru.

Sesuai digayakan oleh lelaki dan wanita, koleksi 1957 Joe Flizzow ini terdiri daripada jaket berhud, sweater, singlet, seluar jogging dan tshirt. Setiap daripada helaian ini disertakan logo jenama iaitu 1957.

Joe terlibat secara langsung semasa pembikinan 1957.

Boleh didapati dari saiz S hingga XXL, Joe terlibat secara langsung dalam menghasilkan setiap helaian di dalam jenama 1957 ini, termasuklah sesi melakar.

Berciri unisex.

Harga bagi koleksi ini bermula daripada RM69 hingga RM199 dan anda boleh dapatkannya di butik Fashion Valet Bangsar Village II, Pavilion Kuala Lumpur, IOI City Mall Putrajaya dan Publika Shopping Centre. Ia juga boleh dibeli secara dalam talian di sini.