Malam ini menyaksikan pasukan bola sepak Harimau Malaya bakal berdepan dengan pasukan Vietnam dalam perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF 2018 bertempat di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Menerusi laman Faceook FAM (Official), ini beberapa info yang boleh anda ikut untuk memastikan malam final ini berjalan lancar.

  1. Penyokong yang membeli tiket secara online tetapi masih belum menebusnya, kaunter penebusan dibuka di Pintu D & Pintu E sehingga jam 8.00 malam ini. Sila datang awal bagi mengelak kesesakan di kaunter yang boleh menyebabkan kelewatan masuk ke stadium.
  2. Pintu masuk ke stadium pula akan dibuka bermula dari jam 4.30 petang ini.
  3. Bagi penyokong Malaysia, sebanyak 78 laluan masuk akan dibuka iaitu 16 laluan masuk di Pintu A (tiket grandstand RM50 dan tiket terbuka RM40) serta 16 laluan masuk di Pintu B, 30 laluan masuk di Pintu C dan 16 laluan masuk di Pintu D untuk tiket terbuka RM40 sahaja.
  4. Bagi penyokong Vietnam, sebanyak 16 laluan masuk akan dibuka di Pintu E sahaja.
  5. Sila datang awal bagi mengelak daripada beratur panjang dan kelewatan yang tidak diingini.
  6. Penyokong juga digalakkan supaya menggunakan perkhidmatan LRT dan MRT yang telah dilanjutkan waktu operasinya sehingga 1.00 pagi bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan tempat letak kereta.
Bangkit Harimau!

Selamat berjuang Harimau Malaya! Pastikan negara kita membawa bekalan selesa untuk ke Vietnam nanti.