Salah seorang finalis Miss Indonesia 2018, Raudha Kasmir mencuri tumpuan netizen apabila dia merupakan satu-satunya finalis yang berhijab dalam pertandingan ratu cantik itu.

Cantik dan bergaya.

Baru selesai melabuhkan tirainya, Raudha yang mewakili Acheh tersenarai sebagai finalis top 5 namun tumpas pada Alya Nurshabina mewakili Jawa Barat yang menjuarai Miss Indonesia 2018.

Ketika sesi soal jawab.

Walaupun tidak berjaya bergelar juara, finalis berusia 21 tahun ini berjaya memenangi kategori catwalk. Selain cantik, Raudha turut dikenali dengan kebijaksaannya. Gadis ini merupakan lulusan Fakulti Kedoktoran Umum dari Universitas Yarsi dan bakal bergelar seorang doktor tidak lama lagi.

Antara yang menyerlah dalam semua finalis.

Acara peragaan gaun petang lebih menambahkan sisi jelita Raudha apabila dia kelihatan cukup sopan dan tertib. Sepanjang pertandingan ini berlangsung juga, dia turut cerdas dengan hijab yang dipakainya. Selain Miss Indonesia 2018, Raudha terdahulu telah menyertai pelbagai pertandingan ratu cantik lain seperti Putri Muslimah Bridal 2017.

Raudha dan pemenang Miss Indonesia 2018