Semakin senang sesebuah negara, semakin gembira dan bahagialah rakyat negara itu. Finland berada di tangga pertama negara paling gembira dari 156 negara di dunia menurut World Happiness Report 2018.

Manakala bagi tanahair kita, Malaysia berada di tangga ke-35 selepas Singapura.

52 negara paling gembira tahun 2018

Tahap kegembiraan diukur melalui survey Gallup World Poll dari tahun 2015-2017 dimana enam kunci utama yang diambil kira adalah; pendapatan, kehidupan sihat, sokongan sosial, kebebasan serta kepercayaan dan kemurahan hati.

Negara Scandinavia sering berada di kelompok paling bahagia berikutan pendapatan per kapita negara yang tinggi, negara aman dan stabil, kadar jenayah yang kurang serta tidak terlalu banyak masalah korupsi.

Jika anda mencari negara Jepun dan Korea, dua negara ini tidak tersenarai di dalam 50 tangga pertama negara paling gembira di dunia. Walaupun negara mereka merupakan negara maju, ternyata wang tidak boleh membeli kebahagiaan.

Oleh itu, bersyukurlah apabila negara kita di tangga ke-35 dan semoga tahun-tahun mendatang kita boleh berada di kedudukan 20 negara paling bahagia.