LIFESTYLE
Flagship Snapdragon 845 Termurah Di Pasaran, Adakah ASUS ZenFone 5z Berbaloi?
Jurang antara model flagship di pasaran ketika ini dilihat semakin kecil. Kesemuanya hampir menggunakan spesifikasi sama termasuk jenis cip pemprosesan, saiz RAM serta kapasiti bateri.
Namun dalam banyak-banyak model di pasaran, sebenarnya ada satu model ini masih memegang gelaran flagship termurah! Model berkenaan adalah Asus ZenFone 5z dengan harga RM 1899!
Sebelum dilancarkan lagi sudah menjadi 'buah mulut' pengguna di Malaysia memandangkan ia menggunakan cip pemprosesan terhebat Qualcomm iaitu Snapdragon 845.
Persoalannya adakah model ini berbaloi untuk dimiliki? Dengan harga kurang RM2,000 adakah ia sepadan dengan flagship yang lain? Saya berpeluang menggunakan model ini dan akan cuba memberi ulasan ringkas dari tiga sudut aspek ini.
Rekaan 5z dilihat hampir sama dengan kebanyakan flagship 2018. Perkara pertama yang anda akan lihat adalah gaya takuk aka notch yang seakan menjadi trend pada tahun ini.
#1 REKAAN

Namun jika diteliti secara keseluruhan ia juga mengingatkan saya mengenai rekaan pada siri komputer riba Asus ZenBook. Dengan casis logam dan gelas di belakang, sedikit sebanyak mencetuskan rasa premium.
Kilauan pada belakang 5z menjadikan ia lebih unik berbanding pesaing. Berpinar mata!
.jpg)
#2 SPESIFIKASI
Asus Zenfone 5z dijana Qualcomm Snapdragon 845 CPU dipadakan dengan 6 GB RAM. Skrin pula sebesar 6.2 inci (1080 x 2246 pixels, 402 ppi) jenis LCD. Bateri sebesar 3300 mAh dan tebal peranti ini hanya 7.9mm.Kedengaran sungguh sempurna bukan? Jadi adakah ia berkuasa seperti yang tertulis?

Jika ditanya mengenai grafik, S845 menjalankan tugas dengan baik sekali. Buat masa ini PUBG diibarat sebagai penanda aras jika mahu menguji kehebatan grafik dan frame rate sesuatu peranti. Jika lulus PUBG, maka powerlah telefon itu.
Jangan bimbang, peranti ini lulus dalam aspek terbabit. Bukan setakat aspek gaming saja, malah optimasi tenaga juga dijalankan dengan agak baik.
Skrin LCD 5z juga setanding warna gamut OLED menerusi fungsi DCI-P3. Kadar nisbah skrin hingga 90% pula antara kekuatan 5z, sesuailah jika anda seorang kaki YouTube atau Netflix.

Penggunaan bateri juga baik dan apa yang saya suka adalah penggunaan GPS tidak memakan banyak bateri seperti sesetengah peranti flagship.
Secara keseluruhannya saya masih mampu bertahan sehingga habis waktu kerja. Boleh katakan bateri 5z not bad!
#3 KAMERA
Saya faham, ramai yang bertanyakan mengenai kualiti kamera ini. Yelah, harga pun kurang RM2,000 jadi pasti ramai meragui prestasi kameranya.Kamera utama 12MP (f/1.8) manakala satu lagi 8MP (f/1.22) dengan sudut lebar 120 darjah. Kamera depan pula 8MP f/2.0.
Seperti flagship tahun ini, kamera 5z juga dikuasakan dengan kecerdasan buatan (AI). Untuk makluman Asus 5z mendapat markah sebanyak 93 dalam skor Dxomark, setanding dengan iPhone 8.


Saya berpeluang menggunakan peranti ini ketika saya bercuti di Melaka dan Perak. Anda nilaikan sendiri kualiti 5z berdasarkan gambar-gambar ini. Tiada suntingan dilakukan.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
Cuma apa yang boleh disentuh atau dipertingkatkan oleh Asus adalah kekurangan high dinamic range ketika menggunakan mod potret.
Oh ya, untuk anda yang suka Swafoto, anda boleh cuba Selfie Master. Ada juga fungsi Zenimoji jika anda mahukan kelainan.
JADI ADAKAH IA BERBALOI?
Secara jujurnya Asus Zenfone 5z agak cemerlang. Selepas hampir dua minggu menggunakan peranti ini, ada juga terdetik untuk membelinya untuk kegunaan sendiri.Skrin lawa, prestasi bagus, kamera not bad, malah kualiti bunyi dihasilkan juga agak solid (baik speaker mahupun earphone).
Jika ditanya mengenai kekurangan peranti ini, mungkin hasil gambar pada waktu malam dan juga kekuatan vibrate telefon ini. Haptic feedback dia tidak sedap berbanding model Android lain. Anda perlu menyesuaikan diri.
Apapun harga jualan 5z membuktikan model 'flagship' tidak semestinya perlu mahal! Asus 5z dijual dengan harga permulaan RM1899 (128GB + 6GB RAM).
Must-Watch Video