Siapa tidak bangga melihat karya 'Negaraku' diangkat ke peringkat asia malah antarabangsa? Bagi gadis ini, Izzati Afiqah Che Suza atau lebih mesra disapa Izzati Suza, 22 tahun, kebolehan dan minatnya dalam melukis rekaan membuahkan hasil apabila tersenarai dalam pertandingan Vans Asia Custom Culture Competition.

Vans bertemakan Negaraku.

Rekaan Izzati yang bertemakan 'Negaraku' lengkap dengan lelaki bertanjak, berdastar serta Kluang Man. Menurut Izzati, "saya tahu mengenai pertandingan ini secara online dan mahu mencuba nasib. Kemudian saya terus ke outlet Vans di Dataran Pahlawan, Melaka. Di sana, mereka beri saya masa 2 jam untuk melukis dan kebetulan hampir memasuki bulan kemerdekaan inilah membuatkan saya mendapat inspirasi untuk melukis tema 'Negaraku'".

Dua jam melukis.

Baru di peringkat permulaan, undian pertama ini akan berakhir pada bulan Ogos. Jika terpilih ke peringkat seterusnya, dia perlu melukis lagi dan memerlukan undian ramai bagi ke peringkat akhir pada bulan Oktober.

Dengan jumlah undian sebanyak 34,357 setakat ini, anda boleh membantu untuk mengundi hasil ilham 'Negaraku' versi Izzati di sini.

Ayuh sokong bakat-bakat muda negara untuk dikenali serata Asia dan juga antarabangsa. Malaysia boleh!