,
Lifestyle

Game Show Popular Jepun, Istana Takeshi Akan Kembali Dalam Versi Baharu!

Azwa Rahman
05/10/2017
03:53 MYT
Rancangan permainan paling legend, Istana Takeshi yang sangat terkenal pada tahun 90-an akan kembali menemui penonton dalam versi yang serba baru! Bagi geng millennial yang tak tahu tentang rancangan ini, Istana Takeshi adalah game show yang disertai oleh ribuan orang awam dan menghadapi beberapa halangan sebelum membawa pulang wang tunai dan menawan istana milik Takeshi Kitano.
Dalam satu siri permainan, ada hampir 100 jenis halangan yang terpaksa diharungi oleh orang ramai antaranya redah kolam, mengelak batu, mencari jalan keluar dari sarang madu didiami raksasa dan pelbagai lagi. Siapa yang dapat lepas dalam beberapa halangan yang tak masuk akal, memang hebatlah!
Siri popular dari Jepun ini akan kembali dalam versi terbaharu dimana Jonathan Ross akan menjadi pencerita menggantikan Craig Charles dalam versi terdahulu. Penggambaran Istana Takeshi terbaharu ini akan diadakan di Thailand dan 100 orang awam akan menyertai beberapa cabaran.
Mempunyai hampir 25 versi antarabangsa, Istana Takeshi versi Jepun sentiasa berada dalam memori sebagai sebuah rancangan kegemaran ketika kanak-kanak dahulu. Kini anda masih boleh menonton versi yang lama di Astro saluran Disney XD dan kami tak sabar nak tunggu Istana Takeshi yang baharu!
Related Topics
Must-Watch Video
Laman Utama

Akan Jadi Presenter Program TV, Lesti Kejora Deg-degan

gempak
05/04/2021
07:34 MYT
Laman Utama

“Muka Handsome Tak Boleh Beli Ferrari Pun” - Ain Edruce Mengaku Pandang Harta, Tapi Pentingkah Rupa Dalam Sesuatu Perkahwinan?

gempak
22/03/2021
09:45 MYT
Kewangan antara punca tertinggi penceraian.
Hiburan

“Suami Beri ‘Lampu Hijau’” - Normala Samsuddin Buat Kemunculan Semula

gempak
23/07/2020
07:26 MYT
Hiburan

12 Finalis Ratu Hijabista Diperkenalkan, Normala Samsuddin Galas Cabaran Juri Tetap

gempak
22/07/2020
11:16 MYT
Hiburan

Raja Lawak Junior Cari Pelapis Pelawak Kanak-Kanak

gempak
31/07/2019
12:19 MYT