,
Lifestyle

GSC Lancar Pawagam Untuk Kanak-Kanak, Anak Anda Boleh Berlari Sambil Tonton Wayang

Azwa Rahman
11/03/2019
04:48 MYT
Kalau selama ini anda tak boleh menonton filem kegemaran kerana sudah beranak-pinak dan takut anak anda buat bising dalam dewan pawagam biasa? Masalah anda itu bakal berakhir.
Golden Screen Cinema (GSC) memperkenalkan dewan kanak-kanak serba baharu, PlayPlus di GSC cawangan IOI Mall Puchong yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan mesra keluarga. GSC melancarkan PlayPlus.
PlayPlus dilengkapi dengan tempat duduk rekaan khas beraneka warna yang selesa bagi kegunaan seisi keluarga, malah turut didatangkan dengan ruang bermain untuk kanak-kanak. Ruang yang besar untuk keluarga.
Jangan risau untuk golongan ibu bapa muda, ada juga kerusi berpasangan untuk anda.
Dewan panggung wayang juga diterangi dengan lampu yang bersesuaian ketika filem ditayangkan bagi membolehkan ibu bapa melihat anak masing-masing. Ada ruangan permainan.
Lebih istimewa, GSC IOI Mall Puchong kini turut menempatkan kios Starbucks buat julung kalinya menerusi kerjasama mereka dengan Starbucks Malaysia. Anda boleh bawa minuman Starbucks tersebut untuk dinikmati semasa menonton wayang. Kios Starbucks tersedia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif GSC, Cik Koh Mei Lee, "kami berharap dengan adanya PlayPlus, keluarga akan lebih menikmati momen menonton wayang bersama-sama", ujarnya ketika majlis perasmian GSC PlayPlus pada Sabtu lalu.
Sebarang maklumat tambahan dan tempahan, anda boleh semak di www.gsc.com.my.
Related Topics
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Jangka Hayat Bayi Lahir Pada 2024 Dijangka Hidup Sehingga 75.2 Tahun

gempak
30/09/2024
16:21 MYT
Bayi yang lahir pada 2024 secara purata dijangka hidup sehingga 75.2 tahun dengan bayi perempuan hidup 4.8 tahun lebih lama berbanding bayi lelaki, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Hiburan

Main Pickleball 26 Jam Tanpa Henti, HITZ, MIX dan LITE Lakar Rekod Malaysia Book Records

gempak
30/09/2024
15:35 MYT
Stesen Astro Radio Bahasa Inggeris iaitu HITZ, MIX dan LITE melakar rekod baharu dalam Malaysia Book Records menerusi perlawanan Pickleball selama 26 jam tanpa henti di Dink2 @ Sunway Serene X-Park baru-baru ini.
Gaya Hidup

Lelaki Boleh Guna Mata Kasar Untuk Periksa Tahap Kesihatan Air Mani Sendiri, Ini Cara-Caranya

gempak
30/09/2024
14:55 MYT
Kehadiran zuriat pastinya ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri sebaik sahaja mendirikan rumah tangga.
Hiburan

“Mahalini Sudah Sampaikan Lagu Itu Dengan…,” - Aisha Retno Minta Peminat Raikan Bakat Bukan Bandingkan

gempak
30/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi dan komposer, Aisha Retno menyatakan peminat seharusnya meraikan bakat-bakat baharu yang cuba menyanyikan kembali karya daripada penyanyi terdahulu.
Berita

Pendapatan Astro Suku Tahun Kedua FY25 Meningkat 2 Peratus Kepada RM787 Juta

gempak
30/09/2024
13:25 MYT
Ia didorong oleh peningkatan pendapatan langganan yang dipacu oleh acara sukan utama dan permintaan berterusan bagi perkhidmatan jalur lebar.
BorakSeeni