Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Lifestyle

G-Shock Terbaru Kini Lebih 'Transparent' Dan Nampak Mewah!

Hanafis Haris 28/09/2018 | 04:34 MYT
Lihat kiri dan kanan anda sekarang, pasti ada yang memakai jam tangan G-Shock (lelaki khususnya).
Jenama ini boleh dikatakan antara paling popular ketika ini. Rekaan ikoniknya masih diminati hingga sekarang, baik golongan muda atau tua.
Namun bagi edisi terbaru ini, G-Shock menampilkan sedikit kelainan menerusi koleksi transparent Glacier Gold.
Anda boleh lihat gaya lutsinarnya pada strap jam ini manakala warna emas pada ruang case dan face watch. Boleh dikatakan antara kombinasi yang unik.
Untuk makluman ada empat versi ditampilkan yang mana dua daripadanya mengekalkan rekaan retro manakala dua lagi rekaan moden.
Casio G-Shock Glacier Gold bakal dijual dalam lingkungan harga RM661 hingga RM2735 dan berkemungkinan dijual pada Oktober ini.
#Fashion #Fashion
;