• Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Login
  • Login
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Nekad Nak Cerai Sejak Mei, Isteri Fikry Ibrahim Ada Sebab Nak Berpisah - “Minta Maaf Saya Tak Boleh…”
HIBURAN
Isteri Fail Cerai Selepas 4 Bulan Kahwin, Ini Respons Fikry Ibrahim
HIBURAN
4 Bulan Kahwin, Isteri Fikry Ibrahim Fail Cerai
  • TERMS
  • PRIVACY

Copyright © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LIFESTYLE

Hadiah Kereta Aston Martin Bernilai RM1.4 Juta Buat TMJ

Azwa Rahman
05/02/2018
09:04 MYT
Sponsor Banner
Hadiah Kereta Aston Martin Bernilai RM1.4 Juta Buat TMJ
Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima hadiah kereta mewah Aston Martin yang berkonsep JOHOR (merah biru) sempena kejayaan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menjulang kembali Piala Sumbangsih pada Sabtu lalu.
Kereta jenama Aston Martin yang dianggarkan lebih RM1.4 juta itu dihadiahkan oleh barisan pemain dan kejurulatihan JDT kepada Tunku Ismail sebagai penghargaan dalam menjuarai piala ke-10 pasukan itu.
Menerusi kenyataan di laman Facebook JOHOR Southern Tigers pada petang Ahad lalu menulis, "Sempena meraikan kemenangan menjuarai piala yang kesepuluh, pemain-pemain dan barisan kejurulatihan pasukan Johor Darul Ta’zim telah menghadiahkan DYAM Tunku Mahkota Johor sebuah kereta Aston Martin yang berkonsep JOHOR (merah biru). Allah Peliharakan Sultan."
Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos pada malam Sabtu, skuad JDT berjaya membawa pulang Piala Sumbangsih 2018 selepas meraihnya untuk dua tahun berturut-turut iaitu pada 2015 dan 2016.
Related Topics
#Malaysia
#Malaysia
Must-Watch Video