LIFESTYLE

Hadiah ‘Rare’ Untuk Raja Sehari

Nurul Izza 05/05/2016 | 08:17 MYT
Setiap kali menerima kad undangan perkahwinan, kita tentunya buntu memikirkan hadiah untuk diberikan kepada bakal pengantin. Selain cadar, pinggan mangkuk, bekas menyimpan makanan, jam, tool box, sudu, barangan elektrik dan periuk belanga, apakah barangan lain yang boleh dijadikan hadiah buat pengantin? Kami senaraikan lima barang yang boleh anda pertimbangkan.

Beg pakaian

Hadiah ini jarang diterima pengantin. Luggage sesuai dijadikan hadiah kepada pasangan pengantin baru sebagai persediaan untuk berbulan madu. Beg ini juga tahan lama dan sangat berguna buat mereka. Harga beg ini bervariasi, tetapi jika anda bijak mendapatkannya ketika promosi memang sangat berbaloi.

Gambar: www.dailymail.co.uk

Batu Lesung

Mesin pengisar atau blender sudah menjadi hadiah biasa buat pasangan pengantin baru. Blender penting buat para isteri menyediakan hidangan buat suami. Tetapi sesetengah makanan seperti sambal belacan lebih sedap jika bawang, lada serta belacannya ditumbuk dengan batu lesung. Pasangan pengantin tentunya menghargai pemberian anda ini.

Gambar: halhalhalal.blogspot.com

Tong Sampah dan Tudung Saji

Murah dan tidak cantik tetapi tahukah anda kedua barangan ini menjadi keperluan utama pasangan pengantin. Jangan diberi begitu sahaja, sebaiknya dimasukkan ke dalam kotak dan dibalut dengan cantik dan kemas. Kedua barangan ini pun banyak yang cantik di pasaran termasuk tudung saji anyaman dan tong sampah beraneka warna.

Gambar: www.ikea.com

Gambar: dewisambitenun.wordpress.com

Tiket Kapal Terbang

Manfaatkan peluang mendapatkan tiket pada harga murah. Banyak syarikat penerbangan memberi tawaran istimewa, cuma kita perlulah rajin melayari laman web mereka. Selain itu, baucer diskaun untuk pakej percutian ke pulau atau bermalam di hotel mewah turut disediakan.

Gambar: www.travelsolutionindia.co.in

Bekas Simpanan

Bekas ini berguna untuk menyimpan barangan kelengkapan rumah seperti baju, barangan dapur dan peralatan memasak. Sebaiknya belilah bekas bersaiz empat segi yang lengkap dengan roda, tentunya pengantin tersenyum gembira.

Gambar: www.basketlady.com
#Perkahwinan #Perkahwinan