LIFESTYLE
"Hai, Saya Muhammad Dhury Yan dan Ini Adik Saya, Nur Rambutt'an"
Comelnya nama Muhammad Dhury Yan, 6 dan adiknya, Nur Rambutt'an, setahun lima bulan.
Menurut bapa kanak-kanak tersebut, Abi Amin Mahayadin, 40, dia tidak kisah nama anaknya seperti nama buah. Nama itu diberikan oleh datuk mereka dan mempunyai kaitan dengan orang lama yang baik.

MyKid Muhammad Dhury Yan,dan Nur Rambutt'an telah menarik perhatian ramai setelah tersebar sejak sebulan yang lalu.
"Datuk terlalu mahu memberi nama kepada cucu cicitnya termasuk anak kami, demi menghormatinya, kami hanya mengikut sahaja nama yang diberikan."
"Kami juga masih menunggu nama yang akan diberikan kepada anak ketiga kami yang baru dilahirkan pada bulan lalu," katanya kepada Berita Harian.
Turut menerima kecaman netizen berkaitan nama 'buah' anaknya, kata-kata netizen menyinggung hati mereka sekeluarga.
"Kami harap orang ramai tidak perlu lagi mempertikaikan nama anak kami dan menghormati nama yang diberikan demi masa depan mereka." ujarnya lagi.