Lifestyle
Hai Wanita Asia, Ini Bedak Asas Yang Mungkin Sesuai Untuk Anda
Bedak asas merupakan elemen paling penting dalam setiap solekan. Dengan pelbagai jenama bedak asas kini, wanita boleh memilih bedak asas yang sempurna untuk kulit dengan mudah.
Bagi anda yang masih mencari rangkaian bedak asas yang sesuai dengan tona kulit, kini dUCk Cosmetics mengeluarkan rangkaian bedak asas terbaru, All Covered Make-Up Foundation!
dUCk Cosmetics hadir dalam enam warna memenuhi tona kulit wanita Asia iaitu 01 Macadamia untuk kulit putih cerah kekuningan, 02 Almond untuk coklat cerah nuetral dan 03 Cashew untuk coklat nuetral.
Selain itu, bagi wanita berkulit gelap, tona 04 Pecan untuk kulit coklat sawo matang, 05 Walnut untuk coklat gelap manakala 06 Chesnut untuk coklat gelap keemasan.
Bedak asas All Covered Make-Up Foundation direka untuk keadaan kulit campuran hingga ke kulit berminyak. Diperkaya dengan Vitamin C untuk perlindungan sinar matahari dan Vitamin E untuk melambatkan proses penuaan, bedak asas dengan tekstur seperti mousse ini senang melekat pada kulit.
Bedak asas All Covered Make-Up Foundation boleh didapati di butik dUCk Cosmetics di Pavilion Kuala Lumpur dan Suria KLCC serta di butik FashionValet atau secara dalam talian di www.fashionvalet.com.
Must-Watch Video