Masuk ke dalam kandang kambing mengembek, masuk ke dalam kandang kerbau menguak. Itulah, kalau pergi melancong ke negara orang, jangan dibawa perangai sesuka hati seperti di negara sendiri. Kejadian berlaku di sebuah pulau peranginan terkemuka di Indonesia iaitu Bali, nama Nicholas Saputra tiba-tiba menjadi buah mulut netizen.
Jika anda pernah menonton filem lakonan Nicholas Saputra, anda tahu dirinya seorang yang serius dan berkualiti. Menerusi sebuah video di Instagram Story yang viral baru-baru ini, kelihatan aktor kacak ini sedang menghadang sepasang pelancong asing yang sedang menunggang motorsikal daripada menggunakan laluan pejalan kaki.
Menerusi video berdurasi enam saat ini, pasangan yang menunggang motorsikal tersebut seperti mahu mengelak dari kesesakan lalu lintas dan telah mengambil jalan pintas dengan menggunakan laluan pejalan kaki. Namun bertembung pula dengan Nicholas yang kebetulan sedang berjalan kaki di kawasan tersebut. Tidak mahu mengalah dan tetap berkeras mahu meneruskan perjalananya, pelancong asing itu memulas handle motorsikalnya. Nicholas dengan bahasa tubuh yang tegas menghadang, lalu pelancong asing tersebut mengalah dan turun ke jalan raya.
Tindakan Nicholas ini telah dipuji netizen terutamanya yang berasal dari Indonesia dan berbangga dengan tindakan aktor kesayangan mereka itu.
Y'know, I've driven on the sidewalk before, but this still makes me laugh. Nicholas Saputra is my hero lol https://t.co/l5sV1tncoW
— Magnum Boutique (@magnumboutique) September 25, 2017
Bikin Kagum, Nicholas Saputra Tertangkap Kamera Hadang Pemotor yang Naik Trotoar
— Rosiani (@julio_pratama99) September 16, 2017
Nicholas Saputra is me when walking through street in Bali and meet annoying motorcyclist on sidewalk https://t.co/7Cf6o9Oc8f
— fliest anaemia (@hokutoast) September 16, 2017
Nicholas saputra ngadang bule ngomongnya "dis is indonesia u no?? No u es e no inglen"
— pıʞɐsɹǝdns (@supersakid) September 16, 2017