LIFESTYLE
Hidangan Barat Serendah RM13 Di NY Steak Shack
Jika anda gemarkan makanan barat dan sentiasa menunggu pada waktu awal bulan untuk menikmatinya, kini anda boleh menikmati hidangan barat dengan harga yang berpatutan dan rasanya, lazat!

Menggunakan daging halal berkualiti yang diimport dari Australia, jenama yang berasal dari Malaysia ini sudah dua tahun bertapak. Mempunyai enam outlet di Lembah Klang, keistimewaan hidangan di NY Steak Shack adalah kepelbagaian menunya. Anda boleh menikmati hidangan daripada pilihan burger, stik, pasta, kambing dan hidangan ringan seperti kepak ayam dan salad segar.
Tidak hanya tertumpu pada daging, penggemar ayam dan ikan juga merasai keenakan hidangan berasaskan ikan dan ayam yang turut boleh didapati disini. Setiap hidangan disertakan dengan dua pilihan hidangan sampingan antaranya kentang goreng, kentang lenyek, sayuran campuran, coleslaw, jagung serta nasi labu. Nasi labu anda memang perlu rasa kerana mereka mencipta resipi itu sendiri dan memang sedap!
Dengan dekorasi yang santai dan servis yang cepat, anda boleh membawa keluarga dan teman untuk menikmati hidangan barat tanpa perlu berbelanja besar. Selain kemudahan tempat makan, NY Steak Shack juga menyediakan khidmat katering dan majlis yang bersesuai dengan kehendak pengguna.
5 hidangan promosi NY Steak Shack
1) Sizzling Beef Stroganoff (RM13.67)
Hidangan ini lengkap untuk penggemar daging dan nasi. Selain murah, ia hadir dengan air berkarbonat serta sup sampingan. Keenakan nasi bersama hirisan daging empuk ditabur kuah lada hitam cukup menyelerakan. Ia sememangnya hidangan berat yang sesuai untuk anda yang sedang berjimat.
.jpg.aspx)
2) Sizzling Steak – Ribeye (RM27.45)
Siapa tak gemarkan potongan ribeye? Dilayurkan diatas bawang yang dikaramel sangat memberikan aroma enak. Hadir dengan set air dan dua hidangan sampingan serta sup, harga RM27.45 sangat berbaloi. Anda boleh mohon daging anda dimasak medium rare, medium well ataupun well done.
.png.aspx)
3) Pasta Meatball (RM20.03)
Pasta linguine dimasak sempurna bersama bawang karamel, cendawan, kuah resipi tersendiri serta bebola daging yang bersaiz besar! Ia cukup mengenyangkan dan memberikan anda pilihan pasta yang sedikit berbeza dari kebiasaan.
.jpg.aspx)
4) Sizzling Lamb Shoulder (RM27.45)
Daging kambingnya dimasak empuk dan cair di dalam mulut. Dipadankan dengan herba rosemary dan kuah lada hitam, penggemar kambing harus mencuba hidangan ini. hadir bersama air berkarbonat serta dua hidangan sampingan.
.png.aspx)
5) Sizzling Mix Grill (RM27.45)
Mix Grill adalah campuran daging serta ayam yang disizzlingkan dengan sempurna. Dengan hanya RM27.45, hidangan yang bersaiz besar ini boleh dikongsi berdua. Turut disertakan bersama air berkarbonat serta dua hidangan sampingan.
.jpg.aspx)
5 hidangan pilihan Rojak Daily
Ini adalah 5 hidangan terbaik yang anda harus cuba di NY Steak Shack.
1) T Bone Steak (RM38.05)
Daging T Bone ini empuk dan cukup membuka selera anda. Dihidangkan bersama sos pilihan serta dua hidangan sampingan, anda tidak akan kecewa. Daging yang disizzlingkan, berasap-asap segera dibawa kepada anda untuk dinikmati. Ini pilihan yang anda harus cuba!

2) Big Apple Burger (RM27.45)
Hidangan burger di NY Steak Shack sememangnya besar dan mengenyangkan. Paling unik, rotinya adalah daripada ramuan donut dan digrill cukup garing. Patty daging cukup berembah, kaya dan diselitkan bawang berkaramel di tengah. Jangan risau comot apabila menikmati burger ini, anda harus cuba.

3) Garlic Ribeye (RM38.05)
Bezanya dengan stik ribeye, garlic ribeye ini dimasak bersama dengan hirisan bawang putih yang cukup memberikan rasa umph! Jika anda penggemar bawang putih, anda harus mencuba hidangan ini kerana gabungan sos, bawang putih telah meningkatkan lagi rasa kaya pada daging ini.

4) Lamb Cutlets (RM38.05)
Empat potongan rusuk kambing ini sangat berbaloi! Pertama kali suap ke dalam mulut, aroma herba rosemary semerbak dan membangkitkan rasa kambing ini. Dihidangkan bersama bawang karamel, ia terasa manis dan empuk. Anda tidak akan kecewa dengan hidangan ini.

5) Banana Milk Shake (RM10.49)
Lima variasi milk shake boleh didapati di NY Steak Shake. Anda boleh memilih perisa Wild Berry, Chocolate, Caramel, Apple Crumble dan Black Forest. Kepekatan susu kocak ini sangat menyamankan tekak anda. Pilihan kami? Black Forest dan Apple Crumble. Memang terbaik!

Lokasi:
Mid Valley
Lot LG-012, LG Floor,
Mid Valley Megamall
1, The Boulevard Mid Valley City
Lingkaran Syed Putra
58200 Kuala Lumpur
Tel: 03-2201 6132
Sunway Pyramid
LG 2.45 & 2.46, LG2
Sunway Pyramid Shopping Mall
No. 3, Jalan Pjs 11/15,
Bandar Sunway 46150
Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-5612 7217
IoI City Putrajaya
LG-045, Lower Ground Floor
IoI City Mall
IoI Resort
62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Tel: 03-8957 2393
1 Utama
S 345, Second Floor,
Persiaran Bandar Utama,
Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-7731 4129
Subang Parade
LG-15, Lower Ground Floor,
Subang Parade,
No.5, Jalan SS16/1, Subang Jaya,
47500 Selangor.
Tel: 03-5611 0833
AEON Mall Shah Alam
Lot G-05, Ground Floor,
AEON Mall Shah Alam,
No. 1, Jalan Akuatik 13/64,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor
Tel: 03-5524 1715