Pengacara dan penyanyi Hunny Madu, 33, mengakui suaranya biasa saja dan apabila dia menyanyikan lagu hip hop diiringi penari ia membantu memantapkan persembahannya.

“Saya tahu suara saya tidak sebagus mana tetapi saya suka menyanyi kerana suka menghiburkan orang. Minat saya pula menyanyikan lagu r&b dan hip hop.

Minat mendalam pada R&B dan Hip Hop.

“Kerancakan muziknya membolehkan saya menyanyi sambil menari. Jadi penonton tidaklah tertumpu pada nyanyian saya saja,” katanya.

Bagaimanapun cabaran menunggunya iaitu apabila dia menjadi DJ di sebuah stesen radio, radio lain enggan memutarkan lagunya.

Kecewa dengan dunia penyiaran yang pilih kasih.

“Keadaan itu membuatkan saya amat kecewa dan murung lantas saya nekad meninggalkan dunia penyiaran empat tahun lalu dan fokus pada nyanyian kerana ia adalah minat utama saya.

“Pengorbanan saya melepaskan jawatan sebagai DJ berbaloi kerana lagu saya sudah mula diterima stesen radio lain,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Akan muncul dengan album solo tahun hadapan.

Kini penyanyi lagu Go Hard itu merancang untuk menghasilkan album solo penuh yang dijangka muncul tahun hadapan.

“Sekarang saya banyak habiskan masa di studio untuk mencari material terbaik untuk ditampilkan dalam album baru itu.

“Dengan adanya studio muzik sendiri memudahkan saya melakukan eksperimen untuk mencari material yang lebih ‘fresh’ untuk peminat,” katanya yang baru membuka studio muzik yang dikenali sebagai HM Studio.

Hunny Madu lancar jenama gincu sendiri.

Serentak dengan itu juga, Hunny turut melancarkan koleksi tujuh warna gincu bibir hasil pilihannya sendiri dengan jenama maducosmetics yang hanya boleh dibeli menerusi laman sosial iaitu akaun Instagram (IG) maducosmetics.

“Saya menjual gincu kerana saya suka memakai gincu kerana tanpanya penampilan saya rasa kurang cantik,” katanya.