Lifestyle
Ini 14 Tips Kalau Anda Mahu Ke Movie Animation Park Studios (MAPS), Perak
Taman tema animasi pertama di Malaysia, Movie Animation Park Studios (MAPS) telah membuka pintu utamanya pada pegunjung pada 26 Jun yang lalu. Terletak bersebelahan Tol Jelapang di Lebuhraya Utara Selatan, tarikan terbaru di negeri Perak ini juga menawarkan 40 tarikan unik dengan enam tema animasi terkemuka dunia seperti Boboiboy, The Smurfs dan beberapa watak animasi dari Dreamworks. Menerusi perkongsian Nor Azira Abdullah di laman Facebooknya, ini yang anda harus jangkakan pada lawatan kali pertama. Selamat melawat negeri Perak, have fun!
1. Tiket semasa pre opening ni: kanak-kanak (3 tahun - 12 tahun) RM104.00 dan dewasa (13 tahun dan ke atas) RM131.00, dan sangat DIGALAKKAN utk beli tiket secara online dan print e-pass untuk mempercepatkan proses nak masuk ke taman tema ni. Orang sangatttt ramai kena beratur lama. And luckily kitorang hanya perlu beratur for 10 minit sahaja untuk masuk ke dalam sebab ada e-tix. Disebabkan ada lagi beberapa slot dalam MAPS ni belum dibuka kepada umum, maka kami diberikan COMPLIMENTARY PASS secara PERCUMA untuk datang semula ke sana sehingga 30 Sept 2017.
2. Bawa topi atau payung jika ada anak kecik sebab cuaca memang sangat panas (jangan korang bayang sejuk macam indoor theme park Genting okeh), bawa la towel kecik untuk tutup kepala anak pun ok jugak. Yang ada kipas letrik Lopa pun disarankan bawak okeh, habis make up hangpa cayaq nnti.
3. Makan minum dilarang bawa masuk sama sekali (kita akan lalu 1 kaunter untuk scan apa barang dalam handbag / backpack korang nanti), manual scan je la. Jangan risau sebab kat dalam tu ada BANYAK cafe, tolong sedia cash atau kad kredit saja la nak bayaq hihi, so tips kami adalah bagi anak sarapan kenyang-kenyang sebelum masuk MAPS ni.
4. Datang awal pagi (theme park buka pada jam 10 pagi), supaya dapat menjelajahi ke semua section dalam theme park ni.
5. Parking lot ada banyak (masa kami sampai dalam 10.30am) ada lagi beberapa section parking yang belum dibuka. Parking masa kami masuk haritu FREE le, tapi nampak ada autopay entrance (rasa mcm kena ambik tiket), so bab tu tak pasti.
6. TOLONG la masuk BoboiBoy 4D Adventure Theatre!! BEST gilakkk, well for me, husband and anak-anak la hihi.. kitorang masuk 3 kali kot haha.. cuma untuk yang ada BABIES, tak dibenarkan masuk (sebab dalam tu seat dia nanti gerak-gerak, gegar-gegar, ada kena spray air dan ada angin keluar dari seat terkejut-kejut gituuu) so kena la gilir-gilir untuk masuk bagi yang bawa baby okeh.
7. Untuk yg ada anak bawah 5 tahun elok la ke Fantasy Forest sebab kat situ banyak mainan kanak-kanak. Ada Fantasy Carousel, Coral Kingdom, Whirling Wizard dan lain-lain yang memamg kurang adventure (baca: adventure la utk budak kecik).
8. Ada LIVE stunts show untuk kereta dan motorsikal jam 1.30pm dan 3.30pm oleh professional stuntman, BEST!
9. Surau ada kat sana, luas dan selesa (untuk wanita ada disediakan tempat wudhuk di dalam surau), kain telekung juga disediakan, tapi tak banyak. Better bawa telekung sendiri untuk lebih khusyuk hihi.
10. Harga makanan mmg standard la utk mana-mana theme park, kami beli tortilla wrap RM15 and air mineral pun RM3.50 sebotol yang 600ml. Hot Choc TOK ABA sedapppp amatttt RM9 (mungkin sebab tengah lapar dan dahaga) haha.
11. Section Dream Zone belum buka, so tak dapat nak review yang tu, insyaAllah akan datang lagi sebab kitorang dapat complimentary tix for FREE.
12. Pendapat saya, biarlah bawa anak-anak yang umurnya 5 tahun ke atas supaya mereka enjoy dan boleh naik banyak ride yang disediakan di sana. Most of the ride akan ukur ikut ketinggian kanak-kanak (120cm ke atas) baru lepas untuk dinaiki, atau 100cm (ditemani ibu bapa). Kalau tak nanti frust pula semua tak dapat main huhu, yang confirm di Fantasy Forest dan SMURF Party Land tu memang untuk kanak-kanak ribena la.
13. Bagi mereka yang jauh, pendapat saya tunggulah sehingga semua section buka baru terjah ke sana, takut rasa tak berbaloi pulak pi jauh-jauh. Tapiiii nanti tiket menjadi harga normal la selepas 2 Julai. Kecuali ada annual / Perak pass ok je la nak terjah bila-bila sebab boleh masuk berkali-kali.
14. Last but not least, REVIEW ni adalah berdasarkan kami yg tak pernah masuk ke USS atau mana2 theme park besar yg lain (pernah masuk yg Berjaya Times Square & Genting Indoor Park je pun).. so takde la dapat nak compare dgn mana2 theme park lain okeh.
Sumber: Nor Azira Abdullah
Must-Watch Video