,
Lifestyle

Ini 14 Tips Kalau Anda Mahu Ke Movie Animation Park Studios (MAPS), Perak

Azwa Rahman
04/07/2017
03:40 MYT
Taman tema animasi pertama di Malaysia, Movie Animation Park Studios (MAPS) telah membuka pintu utamanya pada pegunjung pada 26 Jun yang lalu. Terletak bersebelahan Tol Jelapang di Lebuhraya Utara Selatan, tarikan terbaru di negeri Perak ini juga menawarkan 40 tarikan unik dengan enam tema animasi terkemuka dunia seperti Boboiboy, The Smurfs dan beberapa watak animasi dari Dreamworks. Menerusi perkongsian Nor Azira Abdullah di laman Facebooknya, ini yang anda harus jangkakan pada lawatan kali pertama. Selamat melawat negeri Perak, have fun!
1. Tiket semasa pre opening ni: kanak-kanak (3 tahun - 12 tahun) RM104.00 dan dewasa (13 tahun dan ke atas) RM131.00, dan sangat DIGALAKKAN utk beli tiket secara online dan print e-pass untuk mempercepatkan proses nak masuk ke taman tema ni. Orang sangatttt ramai kena beratur lama. And luckily kitorang hanya perlu beratur for 10 minit sahaja untuk masuk ke dalam sebab ada e-tix. Disebabkan ada lagi beberapa slot dalam MAPS ni belum dibuka kepada umum, maka kami diberikan COMPLIMENTARY PASS secara PERCUMA untuk datang semula ke sana sehingga 30 Sept 2017.
2. Bawa topi atau payung jika ada anak kecik sebab cuaca memang sangat panas (jangan korang bayang sejuk macam indoor theme park Genting okeh), bawa la towel kecik untuk tutup kepala anak pun ok jugak. Yang ada kipas letrik Lopa pun disarankan bawak okeh, habis make up hangpa cayaq nnti.
3. Makan minum dilarang bawa masuk sama sekali (kita akan lalu 1 kaunter untuk scan apa barang dalam handbag / backpack korang nanti), manual scan je la. Jangan risau sebab kat dalam tu ada BANYAK cafe, tolong sedia cash atau kad kredit saja la nak bayaq hihi, so tips kami adalah bagi anak sarapan kenyang-kenyang sebelum masuk MAPS ni.
4. Datang awal pagi (theme park buka pada jam 10 pagi), supaya dapat menjelajahi ke semua section dalam theme park ni.
5. Parking lot ada banyak (masa kami sampai dalam 10.30am) ada lagi beberapa section parking yang belum dibuka. Parking masa kami masuk haritu FREE le, tapi nampak ada autopay entrance (rasa mcm kena ambik tiket), so bab tu tak pasti.
6. TOLONG la masuk BoboiBoy 4D Adventure Theatre!! BEST gilakkk, well for me, husband and anak-anak la hihi.. kitorang masuk 3 kali kot haha.. cuma untuk yang ada BABIES, tak dibenarkan masuk (sebab dalam tu seat dia nanti gerak-gerak, gegar-gegar, ada kena spray air dan ada angin keluar dari seat terkejut-kejut gituuu) so kena la gilir-gilir untuk masuk bagi yang bawa baby okeh.BoboiBoy 4D Adventure Theatre.
7. Untuk yg ada anak bawah 5 tahun elok la ke Fantasy Forest sebab kat situ banyak mainan kanak-kanak. Ada Fantasy Carousel, Coral Kingdom, Whirling Wizard dan lain-lain yang memamg kurang adventure (baca: adventure la utk budak kecik).
8. Ada LIVE stunts show untuk kereta dan motorsikal jam 1.30pm dan 3.30pm oleh professional stuntman, BEST!Aksi stunt kereta secara live.
9. Surau ada kat sana, luas dan selesa (untuk wanita ada disediakan tempat wudhuk di dalam surau), kain telekung juga disediakan, tapi tak banyak. Better bawa telekung sendiri untuk lebih khusyuk hihi.
10. Harga makanan mmg standard la utk mana-mana theme park, kami beli tortilla wrap RM15 and air mineral pun RM3.50 sebotol yang 600ml. Hot Choc TOK ABA sedapppp amatttt RM9 (mungkin sebab tengah lapar dan dahaga) haha.Warung Hot Choc Tok Aba.
11. Section Dream Zone belum buka, so tak dapat nak review yang tu, insyaAllah akan datang lagi sebab kitorang dapat complimentary tix for FREE.
12. Pendapat saya, biarlah bawa anak-anak yang umurnya 5 tahun ke atas supaya mereka enjoy dan boleh naik banyak ride yang disediakan di sana. Most of the ride akan ukur ikut ketinggian kanak-kanak (120cm ke atas) baru lepas untuk dinaiki, atau 100cm (ditemani ibu bapa). Kalau tak nanti frust pula semua tak dapat main huhu, yang confirm di Fantasy Forest dan SMURF Party Land tu memang untuk kanak-kanak ribena la.
13. Bagi mereka yang jauh, pendapat saya tunggulah sehingga semua section buka baru terjah ke sana, takut rasa tak berbaloi pulak pi jauh-jauh. Tapiiii nanti tiket menjadi harga normal la selepas 2 Julai. Kecuali ada annual / Perak pass ok je la nak terjah bila-bila sebab boleh masuk berkali-kali.
14. Last but not least, REVIEW ni adalah berdasarkan kami yg tak pernah masuk ke USS atau mana2 theme park besar yg lain (pernah masuk yg Berjaya Times Square & Genting Indoor Park je pun).. so takde la dapat nak compare dgn mana2 theme park lain okeh. Sumber: Nor Azira Abdullah
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

Alami Batuk Berpanjangan, Suara Berkahak Akibat Masalah Sinus… Ezad Lazim Risau Konsert Dah Nak Dekat – “Doktor Maklum Makin Serius”

gempak
06/11/2024
03:20 MYT
Penyanyi Ezad Lazim memaklumkan masalah sinus yang dialaminya sejak lima tahun lalu semakin teruk dan terdapat kahak dalam rongga hidung sehingga mengakibatkannya sukar bernafas sejak kebelakangan ini.
Berita

Pukul Anjing Liar Sampai M*ti, Netizen Desak Pelaku Dikenakan Tindakan Tegas - "Mohon Saksi Kejadian Segera Bertindak!"

gempak
06/11/2024
02:55 MYT
Video yang berdurasi 1 minit itu, menunjukkan lelaki tersebut telah memukul seekor anjing hitam yang hanya duduk dipercayai kawasan bengkel berulang kali sehingga mati.
Hiburan

Fazura Akui Mahu Jadi Penyanyi Sejak Kecil - “Umur 11,12 Tahun Saya Dah Boleh Tulis Lirik…”

gempak
06/11/2024
02:25 MYT
Pelakon dan penyanyi, Fazura akui dia telah menyimpan impian untuk menjadi seorang penyanyi sejak kecil lagi.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Titip Pesanan Untuk Janna Nick, Anggap Perjalanan Nak Jadi Ibu Adalah Unik - “Saya Berumur 41 Tahun Ketika…”

gempak
06/11/2024
01:55 MYT
Pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim turut memberi kata-kata semangat kepada pasangan selebriti Janna Nick dan suaminya, Dini Schatzmann yang terkesan dengan komen negatif netizen melibatkan zuriat.
Hiburan

Luahan Janna Nick Buat Ramai Rakan Selebriti Sebak - “Mulut Orang Memang Jahat, Tolong Kuat & Teruskan Berdoa"

gempak
06/11/2024
01:25 MYT
Video pelakon Janna Nick meluahkan rasa sedih apabila menerima komen netizen yang menuduh suaminya iaitu aktor Dini Schatzmann terlebih hormon perempuan turut membuatkan rakan selebriti berasa sebak.
Unitar