LIFESTYLE
Ini Adalah Arnab Panggang, Bukan Kucing.
Bercakap pasal bulan Ramadan, antara yang paling meriah adalah bazar Ramadan serta seleksi makanannya. Bertempat di bazar Ramadan Kampung Guntung, Terengganu, satu menu yang telah mencuri perhatian netizen adalah, daging arnab panggang.
Bagi pemilik kedai, Mohd Ebbie Shafiran di lama Facebooknya, "Jangan kecam saya, saya jual arnab sahaja, benda halal, bukannya benda tak halal ikut suka".

Berdasarkan tiga keping gambar yang dimuat naik oleh Ebbie, ia menjadi persoalan buat netizen yang tidak dapat meneka daging apakah yang siap dipanggang tersebut sehingga ada yang tersalah faham dan menggangap ia adalah kucing.
Setelah kurang dari 24 jam perniagaan Ebbie viral di sosial media, nampaknya penjualannya semakin laris. Menerusi satu status lain, Ebbie meminta maaf pada sesiapa yang ingin membeli arnab panggangnya hari ini dan esok kerana telah habis ditempah dan hanya boleh dibeli pada hari Ahad atau Isnin nanti. Harga standard bagi daging arnab mentah kini boleh mencecah sehingga RM38 sekilo.
Netizen juga ada memberikan pendapat bahawa daging arnab sedap dan enak dipanggang. Jadi sebab itulah kami rasa perniagaan arnab Ebbie terus laris dan mendapat permintaan yang tinggi. Kami pun teringin juga nak merasa daging arnab!