Dayang Nurfaizah, Ismail Izzani, Akim and The Majistret dan Aizat Amdan merupakan antara nama-nama popular yang paling distrim di aplikasi muzik popular, JOOX.

Joe Flizzow antara yang menghiburkan Tremendous JOOX Live Concert.

Turut berada di dalam senarai lagu paling popular adalah penyanyi Joe Flizzow, Aziz Harun, Farisha Irish dan Uriah See.

Para penyanyi ini juga telah diundang bagi meraikan ulang tahun ketiga JOOX dan berhibur di acara konsert Tremendous JOOX Live.

Happy 3rd birthday, JOOX

Seramai 2,000 orang membanjiri Plenary Hall, KLCC minggu lalu manakala 33,000 orang lagi menontonnya secara langsung.

Setiap penyanyi mempersembahkan tiga lagu popular masing-masing dan bagi Uriah See, dia menambat hati penonton apabila menyanyikan lagu Di Matamu nyanyian asal Sufian Suhaimi dengan cara tersendiri.

Uriah See membawakan lagu Di Matamu.

Ismail Izzani menghangatkan malam Sabtu dengan persembahan lagu Luar Biasa walaupun dalam keadaan tidak sihat. Aizat Amdan turut membuatkan semua di dalam dewan menyanyi bersama menerusi lagu Hanya Kau Yang Mampu.

Kehebatan Akim and The Majistret tak perlu disangkal kerana lima lagu antaranya Potret, Obses dan lagu Untuk Laila dipersembahkan penuh energi.

Vokal lunak Aizat cukup memukau.

Bagi Dayang Nurfaizah, JOOX telah memberikan para peminatnya sebuah platform yang mudah untuk mereka mencari lagu-lagu nyanyiannya tidak kiralah yang lama mahu pun baru.

Bagi Pengarah Perkembangan Perniagaan JOOX, Angie Tan, “dalam jangka masa tiga tahun, jumlah pelanggan telah berkembang dan kami berharap dapat terus menyediakan peminat kami dengan muzik terbaik, barang-barang eksklusif percuma dan mudah-mudahan lebih banyak konsert eksklusif dalam masa terdekat!"