LIFESTYLE
Ini Baru Ori! 8 Butang Baju Paling 'Rare' Buat Jejaka
Sebut saja mengenai raya, perkara paling penting diutamakan pastinya gaya raya.
Bak iklan Astro baru-baru ini, gaya mestilah Ori. Buat jejaka di luar sana, adakah anda sudah memilih baju raya untuk tahun ini?
Jika mahukan gaya yang lain daripada lain, mungkin pemilihan butang baju ini boleh membangkitkan gaya raya anda.
Sebagaimana baju raya atau kurta yang berubah tahun demi tahun, begitu jugalah butang baju raya.
Bagi memudahkan anda, kami senaraikan butang baju unik untuk anda pilih.
1. AWANGCUTTERPROJEX

Setiap butang dikraf menggunakan teknik pemotongan laser dan dipasang satu persatu. Harga yang dijual adalah RM55 bagi 1 set, RM90 (2 set) dan RM175 (5 set).
Selain butang baju melayu custom, anda juga boleh melihat rekaan lain yang tersedia dijual. Anda boleh hubungi terus untuk tempahan.
Instagram: Awangcutterprojex
Nombor Telefon: 012 - 6860610
2. KAYAN.MY

Lihatlah perincian butang mereka. Ada yang petak, bulat dan tidak kurang juga berbentuk hexagon.
Tidak cukup dengan itu, corak dan pilihan warnanya juga pelbagai. Senanglah untuk match dengan baju raya anda.
Anda boleh lihat koleksi butang raya mereka di Instagram atau lihat perjalanan gerai pameran mereka di lokasi tertentu.
Instagram: Kayan.my
3. BEROYAL BUTTON

Agak menarik kerana ia menggunakan elemen tradisional seperti keris dan wau. Sama ada warna silver atau emas terpulang pada anda.
Memang unik kalau dikenakan pada hari raya. Nampak lebih segak!
Instagram: Beroyalbutton
4. ZOOFORPEOPLE

Biarpun begitu, rekaan dihasilkan pemilik ini tidak berlebihan dan terlalu fancy. Masih mengekalkan tradisi butang baju melayu.
Ada juga corak geometri yang kelihatan sangat dekat dengan budaya masyarakat Malaysia. Boleh lah ‘cuci mata’ di Instagram mereka.
Jika mahu ke gerai jualan mereka, ini antara lokasi mereka berada.
• Alamanda, Putrajaya (berdekatan Big Apple) hingga 13 Jun
• Bangsar Shopping Center, KL (berdekatan Coffee Bean) hingga 14 Jun
• Bangsar Village 1, KL (berdekatan Starbucks) hingga 13 Jun
• Jakel Mall, KL (booth no. 1 di luar pintu utama) hingga 14 Jun
Instagram: Zooforpeople
5. KANDAWARIS

Menggunakan elemen seakan dot pixel, rekaan butang baju ini agak unik. Malah butang ini kelihatan lebih premium dan mahal berbanding yang lain.
Jika penghantaran pos telah tamat, anda boleh lihat Instagram mereka untuk melihat lokasi gerai jualan terkini.
Instagram: Kandawaris
Nombor Telefon: 018 - 2713978
6. WIRDORA HQ

Kebanyakan koleksi butang baju melayu dihasilkan menggunakan kristal Swarovski.
Paling menarik, ia turut dijual dengan pakej couple bersama pin dan brooch. Sesuai lah kalau anda yang mahu beraya sedondon.
Instagram: Widorahq
7. LEMARI OFFICIAL

Ada beberapa jenis dan corak untuk anda padankan dengan baju melayu. Terdapat juga variasi warna berbeza jika anda mahukan sedikit gaya ‘fancy’.
Harganya juga tidaklah terlalu mahal jika diukur pada kualitinya.
Instagram: Lemari Official
Nombor telefon: 013 - 4618431
8. KANCING ARJUNA

Daripada rekaan filem adiwira hinggalah kepada kumpulan bola sepak. Semuanya lengkap.
Antara koleksi yang dijual termasuklah butang baju Iron Man, Superman, Spiderman, Starwars, Manchaster United, Liverpool dan banyak lagi. Anda boleh lihat semuanya di Instagram mereka.
Instagram: Kancing Arjuna
Nombor Telefon: 012 - 6917152
Must-Watch Video