Peminat Vans, anda harus dapatkan koleksi terbaharu karya seni Vincent Van Gogh direka penuh bergaya di atas sneakers Vans iaitu Vans x Van Gogh Museum.

Koleksi Vans X Van Gogh Museum.

Berciri unik dan halus ilham daripada karya Van Gogh, selain sneakers, koleksi ini turut ditawarkan menerusi baju, jaket, jaket berhud, beg pek dan topi besbol.

Empat karya pelukis Belanda yang diilhamkan termasuklah Skull, Sunflower, Almond Blossom dan potret Van Gogh.

Sunflower
Skull.
Almond Blossom.
Self Portrait.

Menurut Adriaan Dönszelmann, Pengarah Urusan Muzium Van Gogh, "kami gembira dengan koleksi Vans x Van Gogh Museum, kerana ia berkaitan dengan misi kami untuk menjadikan kehidupan dan kerja Vincent Van Gogh dapat diakses sebanyak mungkin untuk orang yang menghargai malah memberi inspirasi kepada mereka."

Beg pek dan topi Vans X Van Gogh Museum.

Koleksi Vans x Van Gogh Museum sudah mula dijual bermula 3 Ogos pada harga $65 (RM265) dan anda boleh dapatkannya di sini. Sebahagian daripada hasil penjualan akan digunakan untuk membantu pemeliharaan muzium Van Gogh.