Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Lifestyle

#Inikalilah: Senarai Barisan Menteri Kabinet Malaysia Bermula Hari Ini

Azwa Rahman 22/05/2018 | 03:44 MYT

Umum mengetahui senarai penuh menteri kabinet bagi penggal ini telah pun dikeluarkan baru-baru ini. Senarai yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri itu telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada 18 Mei yang lalu.

Tun Dr Mahathir Mohamad dan barisan Menteri Persekutuan telah pun mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk istiadat mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah rahsia sebagai Menteri Persekutuan pada 5.30 petang semalam di Istana Negara.

Bermula hari ini, semua menteri-menteri ini telah melaporkan diri di kementerian masing-masing bagi menjalankan tugas mereka. Jadi, siapakah mereka?

1. Perdana Menteri: Tun Dr Mahathir Mohamad

2. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat: Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail

3. Menteri Dalam Negeri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

4. Menteri Kewangan: Lim Guan Eng

5. Menteri Pertahanan: Haji Mohamad Sabu

6. Menteri Pelajaran: Dr Maszlee Malik

7. Menteri Kesihatan: Dr Haji Dzulkefly Ahmad

8. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Zuraida Kamaruddin

9. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Haji Salahuddin Ayub

10. Menteri Pembangunan Luar Bandar: Rina Harun

11. Menteri Komunikasi dan Multimedia: Gobind Singh Deo

12. Menteri Hal Ehwal Ekonomi: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

13. Menteri Pengangkutan: Anthony Loke

14. Menteri Sumber Manusia: Kulasegaran a/l V. Murugeson

Inilah senarai 14 menteri-menteri yang baharu dan dalam masa yang terdekat ini juga, Perdana Menteri akan mengumumkan baki kementerian lain yang dijangka berjumlah tidak lebih dari 25 buah kementerian. Selamat memulakan tugas buat semua barisan menteri ini dan selamat memacu Malaysia ke arah kebaikan dan perubahan yang positif.

#Malaysia #Malaysia
;