Bahang pertandingan ratu cantik Miss Universe 2018 semakin terasa apabila kostum nasional dan gaun petang bagi Jane Teoh, Miss Universe Malaysia 2018 dipersembahkan.

Bangau Perahu rekaan Salleh Hamid.

Jika tahun terdahulu kostum nasional mencuri perhatian dengan Menara Berkembar KLCC yang diperagakan oleh Kiran Jassal dan Nasi Lemak oleh Samantha Katie James, ini yang anda perlu tahu tentang kostum nasional Miss Universe Malaysia 2018 yang diinsprasikan daripada bangau perahu.

KLCC pada Miss Universe 2016.

1. Kostum nasional 'Bangau Perahu' ini direka oleh pereka Salleh Hamid.

Pereka kostum nasional, Salleh Hamid.

2. Kostum ini diinspirasikan daripada perisai perahu menangkap ikan tradisional yang sering digunakan bagi nelayan di Pantai Timur.

Perahu nelayan di Pantai Timur.

3. Bangau perahu merupakan sekeping papan berbentuk seperti penyangkut. Fungsinya pada perahu adalah untuk meletakkan layar semasa ia tidak digunakan supaya layar tidak jatuh ke dalam laut.

4. Mengambil masa enam bulan untuk disiapkan, Salleh turut mengenakan 'bangau' pada bahu kanan, 'okok' pada bahu kiri serta 'caping' di leher Jane.

Gaun petang Jane Teoh.

5. Kostum nasional ini terdiri daripada korset yang berbentuk pelindung yang diukir pada kayu bermootifkan 'Awan Larat'. Ia dipadankan kasut boot berciri pahlawan rekaan Rhea Tan.

6. Miss Universe 2018 akan diadakan di Bangkok, Thailand pada 17 Disember 2018.

Selamat maju jaya diucapkan pada Miss Universe Malaysia 2018, Jane Teoh dan semoga Jane memperagakan kostum nasional Bangau Perahu ini dengan penuh bangga!