Adakah itu menara Tony Stark? Adakah itu pejabat? TIDAK. Itu rumah paling mahal di dunia.

Salah satu ruang tamu utama.

Harga rumah yang mencecah harga £1 bilion (RM5.45 bilion) itu terletak di selatan Mumbai, India.

Ia dimiliki oleh lelaki paling kaya di India, Mukesh Ambani, 61, yang merupakan seorang ahli perniagaan syarikat gergasi minyak dan gas, Reliance Industries.

Taman yang disediakan.

Kenapa kami kata fakta tentang rumah ini bakal buat anda 'mind blown'?

1. Rumah ini terletak di Altamount Road, selatan Mumbai. Kawasan ini merupakan kawasan elit untuk orang kaya India. Rumah-rumah di kawasan ini antara yang paling mahal di dunia.

Terletak di kawasan elit.

2. Direka dengan kemampuan menahan gempa bumi berskala 8 Richter, mahligai mewah ini dilengkapi dengan tiga helipad, sebuah pawagam, sebuah ballroom, beberapa kolam renang dan diselenggara oleh 600 pekerja.

3. Hanya LIMA orang sahaja yang mendiami rumah ini. Mukesh Ambani, isterinya, Nita dan tiga orang anak mereka. Mukesh juga merupakan pemilik bagi pasukan kriket Liga Perdana India, Mumbai Indians dan sebuah universiti di negara itu.

Nita, isteri Mukesh Ambani.

4. Diberi nama Antilia, sebagai penghormatan kepada sebuah pulau legenda yang terletak di lautan Atlantik.

5. Jangan terkejut kalau enam tingkat paling bawah merupakan ruangan parkir kereta. Ia memuatkan 168 buah kereta milik Mukesh.

Rumah paling mahal di dunia.

6. Rumah ini mempunyai sembilan lif yang berkelajuan tinggi.