LIFESTYLE
iPhone 7 Buat Pengguna Tidur Lena
Sejak beberapa hari lalu, model telefon pintar paling terbaru, iPhone7 menjadi kegilaan ramai pengguna yang mahu membelinya. Bagi pengguna setia Apple, mendapatkan model terkini adalah impian yang sangat hebat dan boleh buat tidur lena.
Meskipun harga telefon bimbit iPhone 7 sahaja mencecah lebih RM3,000 tetapi boleh mendapatkannya pada harga RM1,688 menerusi pakej Celcom manakala RM1,990 dengan pakej Maxis, pengguna perlu lebih bijak dalam menilai kelebihan setiap pakej yang disertakan dan jumlah keseluruhan yang perlu dibayar.

{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Komen+pengguna+terhadap+kehebatan+gambar+dari+iPhone7.+(Gambar%3a+Twitter)|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Apa yang memberi keterujaan pada pengguna gajet ini terhadap iPhone7 adalah kehebatan teknologinya seperti kalis air, kualiti gambar dari kamera hadapan sebanyak 7 mp manakala 12 mp dari kamera belakang dan tiada wayar pada fon telinga menjadikan ia sebagai satu gajet telefon pintar jenama Apple yang sangat menakjubkan.
Begitu juga, 'hadiah' paling istimewa buat pengguna iPhone 7 adalah ketahanan jangka hayat baterinya yang lebih lama membuatkan pengguna rasa 'bersyukur' dan bangga.

{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(widget_displayname)Static+text|(text)Seorang+pengguna+iPhone+7+mencuba+sendiri+hasil+gambar+yang+dirakam.+(Gambar%3a+Twitter)|(width)|(height)^}
Laman sesawang, Wired menyatakan bateri iPhone 7 tidak perlu selalu dicaj. Mereka membuat ujian iPhone 7 dari jam 5.30 pagi sehingga jam 11 malam, ia masih mempunyai baki kuasa sebanyak 30 peratus! Lebih menakjubkan iPhone 7 Plus mampu 'bernyawa' dari 5.30 pagi sehingga 1 petang keesokan harinya.

{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(widget_displayname)Static+text|(text)Penyanyi+Tomok+turut+teruja+membeli+iPhone+7.+(Gambar%3a+tomokofficial+-+Instagram)|(width)|(height)^}
Sudah tentu ketahanan bateri iPhone 7 ini menjadi salah satu faktor tarikan pada pengguna untuk membelinya berbanding model lama terpaksa dicaj apabila masuk waktu tengahari dan sering bergantung pada 'power bank' untuk kekal 'bernyawa'. iPhone 7 yang mula dijual di sini sejak 14 Oktober lalu menarik perhatian ramai pengguna untuk mendapatnya.

{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(widget_displayname)Static+text|(text)Laporan+Bernama+mengenai+pembeli+iPhone+7.+(Gambar%3a+Twitter)|(width)|(height)^}