Bermacam-macam cara nampaknya syarikat pengangkutan awam Rapid KL berusaha dalam membendung pelbagai masalah salah laku yang berlaku dalam pengangkutan awam di Malaysia.

Berkempen sudah, berpantun sudah, menyanyi pun sudah, Rapid KL tampil dengan satu cara yang lebih kreatif untuk membendung perkara ini dan cara itu adalah menggunakan..... hantu!

Menerusi satu status Rapid KL di laman sosial mereka, mereka meletakkan anak patung hantu terkenal, Annabelle di dalam MRT dan juga di stesen MRT.

Berjaya menarik perhatian netizen, rata-ratanya memuji admin Rapid KL yang menghiburkan dan pandai berjenaka. Jadi kalau anda ternampak patung Anabelle di mana-mana stesen MRT, LRT mahupun Rapid KL, jangan takut. Dia tak kacau, dia pandang sahaja.

Terdahulu di Twitter Rapid KL, pasangan ini telah ditegur menggunakan lagu I Am Me oleh Dato' Seri Vida yang telah diubah liriknya. Kelakar!